‘Talak 3’ Papar Realiti Dalam Kehidupan Rumah Tangga

‘Talak 3’ Papar Realiti Dalam Kehidupan Rumah Tangga

Talak 3 papar realiti dalam kehidupan rumah tangga.

Alam rumah tangga tak sentiasa indah. Bak kata pepatah Melayu, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula suami isteri.

Memaparkan realiti ini, filem dari seberang Talak 3 mengisahkan mengenai Bagas (lakonan Vino G Bastian) dan Risa (lakonan Laudya Cynthia Bella) yang sudah sah bercerai beberapa bulan lalu.

BACA: Tonton Aksi Lincah Yayan Ruhian Dalam Filem ‘Tarung Sarung’

Namun dek kerana terancam dengan bank yang berhasrat mahu menyita rumah mereka, Bagas dan Risa perlu bekerjasama dalam menjalankan projek yang menawarkan bayaran lumayan yang mampu menyelamatkan rumah mereka.

‘Talak 3’ Papar Realiti Dalam Kehidupan Rumah Tangga 2

Dalam proses tersebut, cinta antara keduanya kembali memutik. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Bagas sudah tiga kali melafazkan talak kepada Risa.

Berusaha pelbagai cara untuk menikah semula dengan Risa, termasuklah membawa wali dan saksi palsu dan mencarikan suami kontrak buat Risa yang sanggup bercerai dengannya sejurus selepas akad nikah berlangsung.

Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka memilih Bimo (lakonan Reza Rahadian) yang merupakan rakan baik Bagas dan Risa sejak kecil.

‘Talak 3’ Papar Realiti Dalam Kehidupan Rumah Tangga 1

Sepanjang proses perancangan perkahwinan antara Bimo dan Risa termasuklah meyakinkan keluarga Risa tentang perkahwinan mereka, akhirnya terungkap yang sebenarnya Bimo sudah lama menaruh perasaan pada Risa.

Sikap Bimo yang sentiasa mendahului Risa menjadikan Risa jatuh hati dan mengelak untuk berbincang mengenai perancangan beliau dengan Bagas.

‘Talak 3’ Papar Realiti Dalam Kehidupan Rumah Tangga 3

Bagas yang tidak berpuas hati dengan keputusan Risa nekad mahu merosakkan rancangan mereka.

Untuk ketahui apa yang berlaku selanjutnya, anda bolehlah tonton filem Talak 3 di Netflix. Sebelum itu, tonton dahulu trailernya di pautan bawah: