
Ini Reaksi Norlia Ghani Bila Namanya Tiba-Tiba Jadi ‘Trending’ Di Twitter
Semalam secara tiba-tiba nama pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi trending di laman media sosial Twitter.
BACA: Mengenali ‘Bangsar Bubble’ Yang Trending Sehingga Cetus Provokasi Di Twitter
Puncanya apabila seorang pengguna Twitter dengan identiti parodi @IsteriNajib melakukan ciapan yang melakukan perbandingan rupa antara Kavita Sindhu dan Norlia Ghani.
Menimbulkan reaksi kurang senang daripada netizen terutamanya dalam kalangan ahli keluarga beliau sendiri, si empunya ciapan teruk dikecam.
Norlia ghani is my auntie. And she works really really hard at her age. I don’t know what and how to feel when i see this kind of comparison.
May Allah bless you. https://t.co/FOTgxsdm74
— Januar Haikal (@Januarhaikal) January 18, 2021
Menyedari namanya menjadi trending di media sosial, Norlia Ghani yang kini sudah berusia 72 tahun dan merupakan ibu kepada pelakon Rusdi Ramli menjelaskan beliau tidak mengambil serius mengenai ciapan tersebut.

“Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini.
Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial. Sekarang Mama pula jadi perhatian.
Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’.
Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.
Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior.”
Banyak memenangi anugerah besar negara antaranya Pelakon Komedi Wanita Popular dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002, Norlia Ghani juga terkenal dengan penampilannya dalam iklan Minyak Cap Buruh bersama Allayarham Muhammad Abdullah (pak Busu).
Sumber: Berita Harian
Trending now



