Cikgu Make Over Bilik Guru Ala Pejabat CEO

Teringin Nak Ada Ala Pejabat CEO, Cikgu Ini ‘Make Over’ Bilik Guru Bermodal Hanya RM1,200

Cikgu Make Over Bilik Guru Ala Pejabat CEO.

Pengorbanan seorang guru memang tidak ternilai jasanya. Selain memberikan tunjuk ajar, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuklah dengan mencantikkan sekolah yang dianggap rumah kedua mereka.

Umum mengetahui, dekorasi sekolah yang kita lihat ini semuanya adalah hasil tangan daripada para pendidik untuk memberikan suasana sekolah yang lebih ceria.

Namun, perkongsian di laman Facebook seorang guru lelaki ini amat mencuri perhatian netizen apabila mengubah suai bilik guru yang mana hasilnya amat mengagumkan.

Angan-angan untuk memiliki ruang pejabat mewah seperti yang dipertonton dalam drama di kaca televisyen telah memberi inspirasi kepada Cikgu Nordin Ismail untuk menghiasi bilik guru di sekolahnya, SK Pak Ba yang terletak di Setiu, Terengganu.

Cikgu Make Over Bilik Guru Ala Pejabat CEO
Sumber: FB Nordin Ismail

“Feeling-feeling nak ada office macam office CEO syarikat besar dalam drama TV yang selalu aku layan.

“Tapi memandangkan bajet kurang dan masa pun terhad, dapat make over bilik guru yang ala-ala office CEO pun jadi la kan.”

Difahamkan, sebelum ini Cikgu Nordin Ismail telah pun mengubah suai dan melakukan dekorasi terhadap perpustakaan di sekolahnya.

Cikgu Make Over Bilik Guru Ala Pejabat CEO
Sumber: FB Nordin Ismail
Cikgu Make Over Bilik Guru Ala Pejabat CEO
Sumber: FB Nordin Ismail

Keseluruhan kos yang digunakan untuk mengubah suai sebahagian bilik guru itu hanyalah RM1,200.

“Tidak dinafikan saya suka melihat dekorasi menarik yang terdapat di ruang pameran pusat beli-belah dan daripada situ ia memberi ilham kepada saya untuk mentransformasikannya di bilik guru dengan bajet yang sangat rendah.

Menurut Cikgu Nordin Ismail, dekorasi yang dibuat itu hanya mengambil masa 10 hari sahaja untuk disiapkan, turut mendapat sokongan dari pihak pentadbiran sekolah.

“Walaupun sedikit sedih kerana penangguhan sesi persekolahan untuk sesi 2021 (secara bersemuka) berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 tetapi tidak mematahkan semangat kami para guru untuk mengubah bilik guru berkonsepkan hipster, kontemporari dan tampak moden,” jelas beliau.

Perkongsian guru ini bukan sahaja menarik perhatian rakan guru di sekolah lain, malah turut dikagumi oleh para pencinta dekorasi.

“Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan-rakan di luar sana jika terdetik nak deco bilik guru sekolah masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain cita rasa,” tulisnya lagi.

BACA: Manfaat Masa Sepanjang PKP, Lelaki Ini Kongsi Hasil Luar Biasa Hias Bilik Tema Kapal Angkasa

Sumber: Nordin Ismail