
‘A Love So Beautiful (2020)’ Remake Drama Popular Dari China
Sekitar tahun lalu, ada satu lagu yang menjadi siulan rakyat Malaysia. Bermula dari TikTok, lagu I’ll Like You So Much, You’ll Know It yang merupakan OST drama China A Love So Beautiful pada tahun 2017 menjadi popular semula dan mencipta fenomena di Malaysia.
Selepas tiga tahun, drama popular yang diadaptasi daripada novel To Our Pure Little Beauty oleh Zhao Qianqian akhirnya diremake semula dalam versi Korea Selatan dengan tajuk yang sama.
Dibintangi Kim Yo-han, Soo Joo-yeon, Yeo Hoe-hyun dan Jo Hye-joo, drama A Love So Beautiful ini mengisahkan mengenai kisah kehidupan tiga pelajar sekolah menengah dan rakan-rakannya bermula dari zaman persekolahan hinggalah ke dewasa.
Sin Sol-i (lakonan So Joo-yeon) merupakan seorang gadis 17 tahun yang ceria. Menyukai rakan sekolah yang juga jirannya, Cha Heon (lakonan Kim Yo-han) yang merupakan seorang pelajar bijak tetapi susah untuk mengekspresikan dirinya.
BACA: ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ Musim Ke-2, Scam Terbesar K-Drama?
Satu hari, Woo Dae-seong (lakonan Yeo Hoe-hyun) seorang atlet renang berpindah ke sekolah mereka dan mula mesra dengan Sol-i.
Sudah ditayangkan di Netflix bermula 28 Disember lalu, apa kata anda tonton dahulu trailer drama 24 episod ini di bawah:
Jika anda minat filem/ drama yang berkonsepkan sekolah, kami ada beberapa cadangan filem/drama yang boleh anda tonton:
Trending now



