3 Jangkaan Orang Pada Tahun 1921 Yang Sudah Terbukti Berlaku Dalam 2021 2

3 Jangkaan Orang Tahun 1921 Yang Sudah Terbukti Berlaku Pada 2021

Tahukah anda, 2021 adalah salah satu tahun yang sangat dinantikan oleh orang-orang yang hidup dalam tahun 1921. Apa jangkaan orang tahun 1921 dalam tahun 2021?

BACA: Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Siapa Sebenarnya Baba Vanga Yang Jadi Sebutan Dunia?

Ada beberapa jangkaan atau boleh juga dikatakan sebagai ramalan yang sudah mereka jangkakan akan berlaku pada tahun 2021.

Antaranya:

1. Manusia menguasai suhu

Seorang jurutera elektrik, Charles Steinmetz yang dikenali sebagai The Wizard of Schenectady pernah menulis pada tahun 2021, manusia berkemungkinan boleh menguasai suhu yang mana pemanasan dilakukan secara elektrik.

3 Jangkaan Orang Pada Tahun 1921 Yang Sudah Terbukti Berlaku Dalam 2021 1

Sebagai contoh, jika mereka menetapkan suhu di rumah adalah pada 18 darjah Celcius, maka ianya akan kekal 18 darjah Celcius tanpa dipengaruhi dengan keadaan cuaca diluar.

Hasilnya pada tahun 2021, pelbagai jenis penghawa dingin dan pemanas badan dihasilkan untuk kegunaan penduduk dunia.

2. Hiburan di rumah

Pada tahun 1921, manusia perlu pergi ke panggung untuk berhibur dan menonton sama ada konsert muzik dan sebagainya.

Netflix Kurangkan Kualiti Video

Pada tahun 2021, mereka menjangkakan hiburan sudah boleh dinikmati di rumah tanpa perlu keluar. Malah sambil-sambil duduk di rumah, generasi tahun 2021 boleh menyaksikan bintang-bintang besar membuat persembahan.

Dan hasilnya, anda lihat hari ini lambakan platform hiburan video dan muzik ditawarkan antaranya yang paling popular ialah Netflix dan Amazon Prime.

3. Buku akan dibacakan

Pada tahun 1921, Moses Folsom pernah menulis bahawa 100 tahun dari sekarang yakni 2021 buku akan dibacakan kepada penduduk dunia.

3 Jangkaan Orang Pada Tahun 1921 Yang Sudah Terbukti Berlaku Dalam 2021

Menjelang 2021, semakin banyak buku audio dihasilkan oleh penerbit-penerbit dengan kepelbagaian gaya pengucapan untuk generasi 2021 dengar tanpa perlu membaca.

Terdahulu kami pernah melaporkan mengenai Baba Vangsa, wanita yang dikatakan menggunakan deria kedua untuk meramal apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Digelar sebagai peramal masa hadapan, pemilik nama Vangelia Pandeva Dimitrova (1911-1996) ini juga dikenali dengan nama Nostradamus dari Balkan.

Antara peristiwa lain yang diramal Baba Vanga dan tepat ialah:

  • Brexit,
  • serangan Menara World Trade Centre (WTC),
  • kebangkitan ISIS,
  • Prsiden Amerika ke-44 adalah seorang lelaki Afrika, dan
  • China mendominasi dunia pada tahun 2018.

Sumber:

  1. Entrepreneur
  2. Informance