Ramai Muat Turun Signal Selepas WhatsApp

Ramai Mula Muat Turun Aplikasi Signal Selepas WhatsApp Buat Polisi Baharu

Bilangan pengguna baharu aplikasi media sosial seperti Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak selepas aplikasi pesanan telefon pintar yang digunakan berjuta pengguna dunia, WhatsApp meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.

Rabu lalu, WhatsApp meletakkan syarat baharu kepada penggunanya termasuk nombor telefon dan lokasi bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya Facebook dan membenarkan pengiklanan dan e-dagang.

Kemas kini aplikasi tersebut bagaimanapun mencetuskan kritikan dalam kalangan aktivis yang mempersoalkan dimanakah relavannya terma baharu ‘accept our data grab or get out’.

Maka, ramai yang mula risau akan perkongsian data dengan Facebook dan beberapa perkara lain yang dianggap itu adalah hak pengguna.

Kemas kini tersebut akan berkuatkuasa pada 8 Februari 2021 dan pengguna perlu bersetuju dengan terma dan polisi baharu itu jika mahu terus menggunakan WhatsApp.

Ramai Muat Turun Signal Selepas WhatsApp
Sumber: Google

Oleh itu, ramai yang mencadangkan pengguna untuk beralih kepada aplikasi lain seperti Signal atau Telegram.

Populariti Signal melonjak sebanyak 7.5 juta muat turun di seluruh dunia sama ada melalui App Store mahupun Google Play.

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey mengetengahkan isu berkenaan menyarankan pengguna menggunakan Signal sebagai pengganti WhatsApp.

WhatsApp tampil beri penjelasan

Melihat isu itu, WhatsApp tampil menepis dakwaan dan memberi penjelasan mengenai perubahan polisi mereka.

WhatsApp mengatakan bahawa mesej peribadi pengguna adalah selamat dan terjamin walaupun terdapat perubahan polisi.

Ramai Muat Turun Signal Selepas WhatsApp

Apabila dibandingkan dengan Telegram dan Signal, dua aplikasi permesejan ini menyediakan fungsi yang serupa atau lebih dari WhatsApp, tetapi mengumpul sedikit data pengguna sementara Signal tidak mengumpul langsung sebarang data pengguna.

Untuk pengetahuan anda, Signal dicipta oleh pengasas asal WhatsApp iaitu Brian Acton pada tahun 2018 yang dibina melalui derma orang ramai kepada Signal Foundation.

Bagi anda yang belum tahu dan ingin memuat turunnya, aplikasi permesejan ini mempunyai ciri hampir sama dengan WhatsApp tetapi terdapat ciri tersendiri seperti ciri ‘note to myself’.

Berikut merupakan perbandingan antara WhatsApp, Signal dan Telegram.

Ramai Muat Turun Signal Selepas WhatsApp
Sumber: The Indian Express

Jadi, sangat sesuailah untuk anda yang mahukan privacy lebih.

Sumber: Business Insider