1

Selalu Kirim Emel Kepada Pencari Kerja, Ini Figura Di Sebalik Nama Lina Di Jobstreet

Untuk pencari kerja di medium Jobstreet pastinya mengenali identiti dengan nama Lina ini. Tapi siapa figura di sebalik nama Lina di Jobstreet ini?

BACA: JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19

Sering menghantar emel mengenai info-info dan tips daripada platform Jobstreet, ramai yang masih tak tahu siapakah figura di sebalik nama Lina ini.

Siapa Lina di Jobstreet?

Untuk pengetahuan anda, Lina bukanlah figura tetapi satu sistem yang dikendalikan oleh Artificial Intelligence (AI) dengan algoritma yang ditetapkan Jobstreet.

Selalu Kirim Emel Kepada Pencari Kerja, Ini Figura Di Sebalik Nama Lina Di Jobstreet 4
Sumber: WSJ

Lina ditugaskan untuk memadankan profil pencari kerja dengan kriteria-kriteria pekerja yang dicari majikan bermula daripada jawatan, pengkhususan, pengalaman pekerjaan, pendidikan, lokasi dan juga gaji.

Lina kemudiannya akan menghubungi pencari kerja dengan menggunakan emel yang mana ianya memudahkan pencari kerja supaya tidak perlu untuk daftar masuk setiap hari bagi memeriksa status permohonan mereka atau pun mencari pekerjaan yang bersesuaian.

Selalu Kirim Emel Kepada Pencari Kerja, Ini Figura Di Sebalik Nama Lina Di Jobstreet

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran Korporat Jobstreet, Lina kurang sesuai jika disebut sebagai figura kerana ia adalah sistem.

Namun disebabkan mahu nampak lebih berperikemanusiaan dan pencari kerja terasa seperti dijaga pembantu peribadi, Lina ‘dimanusiakan’ sehingga ada pencari kerja yang sentiasa menantikan kehadiran Lina di kotak emel mereka.

Selalu Kirim Emel Kepada Pencari Kerja, Ini Figura Di Sebalik Nama Lina Di Jobstreet 1
Sumber: Twitter

Sejak Jobstreet ditubuhkan pada 1997, Lina sudah pun wujud.

Berbicara mengenai figura, ada satu figura global yang dikenali kerana ramalannya sering menjadi tepat iaitu Baba Vanga.

Sebut sahaja nama Baba Vanga, ramai yang mengenali sosok tubuh wanita buta dari Bulgaria ini.

BACA: Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Siapa Sebenarnya Baba Vanga Yang Jadi Sebutan Dunia?

Pernah menjadi bualan orang ramai selepas beberapa ramalannya adalah tepat, nama beliau kembali menjadi sebutan apabila ramalan mengenai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 sekali lagi mengena.

Pada tahun 1996, Baba Vanga meramalkan Presiden ke-45 akan mengalami penyakit misteri yang menyebabkannya menjadi pekak dan menghidap ketumbuhan pada otak pada tahun 2020.

Dan pada 2017, Donald Trump berjaya naik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 menggantikan Barack Obama.

Kemudiannya wabak pandemik COVID-19 melanda dunia dan Trump merupakan salah seorang yang dijangkiti virus ini.

Sudah pun meninggal dunia sejak 24 tahun lalu, Baba Vanga dibesarkan di sebuah ladang menjadi buta akibat daripada ribu pasir di usia 12 tahun.

Menurut pengikut dan peminat beliau, Baba Vanga menggunakan deria kedua untuk meramal apa yang akan berlaku di masa hadapan.