‘Welcome To Waikiki’ Siri TV Paling Sesuai Untuk Ditonton Semasa PKP

‘Welcome To Waikiki’ Siri TV Paling Sesuai Untuk Ditonton Semasa PKP

Memandang enam buah negeri di Malaysia sekali lagi terpaksa berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami ada cadangan hiburan yang boleh anda tonton bagi mengelakkan diri terasa bosan susulan daripada arahan duduk di rumah ini.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Prison Playbook’

Membawa genre komedi, Welcome to Waikiki merupakan salah satu siri televisyen yang wajar anda tonton sekiranya anda mengalami tekanan (stress).

Mengisahkan mengenai tiga lelaki yang memiliki impian yang berbeza, Welcome to Waikiki membariskan pelakon hebat seperti Kim Jung-hyun (Dong-goo), Lee Yi-kyung (Joon-ki) dan Son Seung-won (Doo-shik).

‘Welcome To Waikiki’ Siri TV Paling Sesuai Untuk Ditonton Semasa PKP 1

Dong-goo yang bercita-cita mahu menjadi pengarah filem, Joon-ki yang mencari makan dengan bekerja sebagai pelakon (tambahan) dan Doo-shik yang merupakan seorang penulis bebas tetapi kebanyakan daripada masanya tidak melakukan apa-apa (tidak bekerja).

Ketiga-tiganya telah membuka satu rumah tetamu, Waikiki di Itaewon yang mana biasanya merupakan kawasan kunjungan ramai pelancong asing. Turut tinggal bersama di dalam rumah tersebut ialah adik kepada Dong-goo, Seo Jin (lakonan Ko Won-hee).

Tapi masalah timbul apabila pada satu hari mereka bertemu dengan seorang wanita yang tidak dikenali bersama bayinya. Keadaan yang sudah kelam kambut menjadi lebih huru hara.

‘Welcome To Waikiki’ Siri TV Paling Sesuai Untuk Ditonton Semasa PKP 2

Banyak menampilkan babak-babak kelakar yang adakalanya sangat tidak masuk akal tetapi boleh penonton kaitkan dengan kehidupan mereka, siri Welcome to Waikiki merupakan satu tontonan yang sangat menghiburkan.

Mungkin momen yang paling diingati dalam siri Welcome to Waikiki ini ialah momen Joon-ki bersama kereta merah kesayangan, Rebecca.

Jika anda pernah menonton siri ini, pastinya setiap kali anda terdengar dialog “gwenchana gwenchana” yang bermaksud ‘tidak mengapa’ bakal mengingatkan anda pada beliau.

Bersambung pada siri kedua, Welcome to Waikiki 2, watak Dong-go tiada dan digantikan dengan ‘Han Ji-pyong’ dalam drama Start-Up kesayangan ramai iaitu Kim Seon-ho sebagai Cha Woo-shik.

Malah watak Doo-shik juga turut digantikan dengan watak Gook Gi-bong (lakonan Shin Hyun-s00).

Masih dengan konsep yang sama iaitu rumah tetamu, Welcome to Waikiki 2 dilihat agak kurang menyengat jika dibandingkan dengan yang pertama.

Yang pastinya, siri ini pastinya bakal menghiburkan anda yang terpaksa berkurung di rumah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Selamat menonton!

Untuk ketahui banyak lagi filem dan drama menarik, anda boleh KLIK DI SINI.