Tahun 2021 Akan Lebih Cepat Bumi Berputar

Saintis Dakwa Bumi Berputar Laju, Tahun 2021 Akan Jadi Lebih Pendek

Saintis Dakwa Bumi Berputar Laju, Tahun 2021 Akan Jadi Lebih Pendek

Apabila diimbas kembali, tahun 2020 terasa lebih pendek berbanding tahun-tahun sebelumnya – walaupun bukan selalu merasakan seperti itu.

Jika anda merasakan tahun 2020 berlalu begitu pantas, anda tidak keseorangan kerana fenomena ini turut dirasai oleh saintis dunia.

Direkodkan, terdapat 28 hari yang terjadi di dalam tahun 2020, yang mana bumi berputar paling pantas dalam masa sehari sejak tahun 1960.

Bumi berputar di atas paksinya beberapa milisaat lebih pantas berbanding purata tempoh yang biasa.

Saintis yang menjalankan kajian keatas putaran bumi mendapati bumi kini berputar lebih pantas sejak 50 tahun yang lalu.

Penemuan terbaharu itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan saintis, sama ada perlu mengubah dan membuang kiraan satu saat daripada catatan masa, untuk menyelaraskan perubahan sekaligus memberikan kiraan yang tepat dan selari dengan putaran bumi.

Tahun 2021 Akan Lebih Cepat Bumi Berputar
Sumber: Slash Gear

Ini disebabkan selama beberapa dekad, Bumi memerlukan lebih dari 24 jam untuk melengkapkan putaran pada paksinya, tetapi sejak tahun lalu ia bertambah sedikit kelajuan.

Sebelum tahun 2020, hari terpendek berlaku pada tahun 2005, tetapi rekod ini telah dipecahkan sebanyak 28 kali dalam tempoh 12 bulan yang terakhir.

Saintis penyelidikan kanan dari kumpulan masa dan frekuensi Makmal Fizikal Nasional yang berpangkalan di UK, Peter Whibberley berkata, ia benar bahawa Bumi berputar lebih laju ketika ini, berbanding dengan 50 tahun sebelumnya.

“Mungkin detik lompatan negatif (negative leap second) akan diperlukan jika putaran Bumi semakin meningkat, tetapi kini ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.”

Perubahan kelajuan putaran bumi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kesan pemanasan global.

BACA: Bumi Lebih Hijau Berbanding 20 Tahun Lalu – NASA

Salah satu laporan yang diterbitkan dalam Science Advances dalam tahun 2015 mendakwa pencairan bungkah air batu dunia merupakan sebahagian daripada punca menyebabkan planet ini berpusing pada kadar yang lebih laju di atas paksinya.

Oleh itu, dianggarkan tiap hari pada tahun 2021 ini dijangka akan lebih pantas sebanyak 0.05 milisaat daripada 86,400 saat yang biasanya membentuk jangka waktu 24 jam dalam sehari.

Sekiranya 2021 berjalan seperti yang diramalkan, ini akan menjadi tahun terpendek dalam beberapa dekad.

Kali terakhir dalam setahun mempunyai purata hari kurang dari 86,400 saat adalah pada tahun 1937.

Sumber: Business Insider