Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaksanaan PKP 2.0 Bermula 13 Januari Ini

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaksanaan PKP 2.0 Bermula 13 Januari Ini

PKP 2.0 akan dilaksanakan bemula 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Disebabkan wabak COVID-19 semakin meluas di Malaysia, kerajaan Malaysia dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pentadbiran (PKPP) bermula 13 Januari ini.

Negeri yang akan dikenakan PKP:

  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
  • Melaka
  • Johor
  • Sabah

Negeri yang akan dikenakan PKPB:

  • Pahang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan

Negeri yang akan dikenakan PKPP:

  • Perlis
  • Sarawak

Sektor sosial

Aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan ramai seperti mesyuarat, kursus, seminar, sukan berkumpulan, kenduri dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali di negeri yang melaksanakan PKP.

Manakala di negeri yang melaksanakan PKPB dan PKPP, aktiviti sosial adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara, manakala di kawasan PKPB tidak dibenarkan untuk melakukan rentas daerah. Sekatan jalan raya akan mula dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam 13 Januari ini.

Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Pergerakan hanya dibenarkan sebesar radius 10km dan dibenarkan hanya dua orang daripada isi rumah untuk keluar membeli barang keperluan.

Arahan work from home dikuatkuasakan dan hanya 30% sahaja dibenarkan untuk bekerja di pejabat. Sekiranya majikan didapati gagal mematuhi arahan dan menyebabkan penularan, mereka boleh dikenakan denda.

BACA: PKP Masih Belum Cukup Beri Kesedaran Sivik Segelintir Masyarakat, Sampah Mula ‘Hiasi’ Pantai

Sektor ekonomi

Sektor ekonomi yang benarkan hanyalah tertakluk kepada sektor perkhidmatan penting seperti:

  • pengilangan dan pembuatan,
  • pembinaan
  • perkhidmatan,
  • perdagangan dan pengedaran
  • komoditi

PKP:

  • Tidak dibenarkan untuk makan di kedai. Aktiviti penghantaran makanan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
  • Bank dan beberapa perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dengan SOP yang ditetapkan.

PKPB dan PKPP:

  • Kedai makan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

KELONGGARAN

Kelonggaran rentas negeri dan daerah diberikan kepada pelajar. Boleh hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.

Untuk aktiviti riadah bagi menjamin kesihatan mental, yang dibenarkan hanya untuk daripada isi rumah yang sama sahaja dengan jarak dengan isi rumah lain sekurangnya 2 meter.

Untuk ketahui lebih lanjut, tonton perutusan penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pautan bawah.

Berita lanjut mengenai PKP 2.0 akan menyusul.