Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’ 1

Segala Jenis Jenayah Dihalalkan, Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’?

Segala jenis jenayah dihalalkan dalam siri filem The Purge.

Pada awalnya, siri The Purge adalah sebuah filem yang dihasilkan dengan bajet rendah iaitu sebanyak USD3 juta.

Langsung tidak menjangkakan ianya akan menjadi filem yang meletup sehingga berjaya mengumpul pulangan sebanyak USD90 juta, filem The Purge merupakan filem yang mengisahkan mengenai eksperimen sosial yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat oleh Parti The New Founding Fathers of America.

Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’ 2

Eksperimen sosial yang pada awalnya diluluskan hanya dengan tujuan mahu menstabilkan masyarakat Amerika akhirnya menjadi sesuatu yang tidak terkawal disebabkan rakyat dibenarkan untuk melakukan jenayah tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

BACA: ‘The Platform’ Satu Kritikan Pedas Kepada Kelompok Kapitalis Dari Sisi Dunia Penjara

Membawa genre thriller aksi distopia, The Purge memberi gambaran kepada penonton bagaimana sekiranya semua jenayah dihalalkan biarpun tempohnya hanya selama 12 jam.

Yang hanya mampu menghadapi malam ini dengan selamat cuma orang-orang kaya (kelas atasan) yang boleh menyediakan aplikasi keselamatan di rumah mereka.

Manakala rakyat biasa (kelas bawahan) berpotensi besar untuk diburu dan menjadi mangsa kepada mereka yang menyertai kumpulan protes ini.

First Purge

Hasil daripada keberjayaan eksperimen ini, kerajaan percaya The Purge perlu diadakan setiap tahun bagi mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan ekonomi disebabkan adanya hari yang menghalalkan segala jenayah.

Hasil daripada membawa konsep cerita lain daripada lain, siri filem The Purge mendapat sokongan luar biasa namun siri kemudiannya dikritik kerana plot yang semakin mengarut dan tidak masuk akal.

Juga dipanggil sebagai hari pembersihan, terdapat lima siri filem The Purge iaitu The Purge (2013), The Purge: Anarchy (2014), The Purge: Election Year (2016), The First Purge (2018) dan The Forever Purge (2021) serta satu siri televisyen The Purge (2018-2019).

Dua siri filem The Purge iaitu The Purge: Anarchy dan The First Purge kini sudah boleh ditonton di Netflix.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem The First Purge di pautan bawah: