Satu Keluarga Jadikan Wad Hospital Seperti Rumah Selama 6 Tahun

Keluarga Ini Buat Wad Hospital Seperti Rumah Sendiri Selama 6 Tahun Tanpa Rasa Bersalah

Keluarga Buat Wad Hospital Seperti Rumah Sendiri Selama 6 Tahun.

Jika diberi pilihan, rata-rata mengatakan akan memilih mahu cepat-cepat keluar dari hospital.

Apabila ditanya kenapa tak mahu duduk hospital, pasti ramai akan menjawab, ‘duduk hospital bosan, makanan tak sedap, dan lain-lain’.

Dan sudah pasti ada lagi jawapan-jawapan panjang berjela akan diterima terutama buat warga tua yang sangat sangat tidak gemar bila berurusan dengan hospital.

Namun, tidak semua yang merasakan sedemikian.

Pada 2014, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital di Beijing, China selepas mengalami mual, muntah dan kakinya menggigil selama sembilan hari.

Lelaki yang dikenali sebagai Tian itu ditemani oleh ibu bapanya sepanjang tempoh dia dirawat.

Satu Keluarga Jadikan Wad Hospital Seperti Rumah Selama 6 Tahun

Tak puas hati dengan caj yang dikenakan

Apabila pihak hospital memberi kebenaran untuk pulang, Tian terkejut kerana perlu membayar kos perubatan lalu me­nuduh pihak hospital tidak me­rawatnya dengan baik dan enggan keluar dari wad.

Malah, Tian dan ibu bapanya menjadikan katil hospital dan ruang sekelilingnya seperti rumah sendiri, malah ibu bapanya turut membawa masuk periuk, kuali, serta barangan peribadi lain. Keadaan itu berlanjutan selama enam tahun.

Sepanjang tempoh enam tahun itu, pihak hospital telah me­lakukan pelbagai usaha termasuk membawa kes ke mahkamah untuk memaksa mereka keluar tetapi gagal.

Tiga beranak itu tetap tidak berganjak dan terus menjalani kehidupan seperti biasa terma­suk menyambut Tahun Baru Cina di hospital.

Satu Keluarga Jadikan Wad Hospital Seperti Rumah Selama 6 Tahun

Apa yang pihak hospital buat?

Pada tahun 2019, pihak hospital tidak tahan dengan situasi tersebut sanggup mengetepikan kos rawatan berjumlah AS$195,000 (RM783,802) dengan syarat tiga beranak itu keluar dari hospital tersebut.

Bagaimanapun, Tian menyaman hospital tersebut dengan tuduhan cuai dalam memberikan rawatan yang menyebabkan kes itu berlarutan.

Pihak hospital memberikan bukti bahawa keadaan Tian telah stabil dan layak untuk dibenarkan pulang.

Kes tersebut hanya selesai selepas keluarga itu bersetuju menerima pampasan berjumlah AS$73,000 (RM293, 277) dan dan dibawa pulang ke rumah dengan menaiki ambulans minggu lalu.

Menurut laporan Oddity Central, hakim Mahkamah Rakyat Daerah Xicheng di Beijing, Luo Shengli pada minggu lalu meme­rintahkan keluarga itu meninggalkan wad yang diduduki selama enam tahun dan memutuskan mereka berhak menerima pampasan daripada pihak hospital.

Difahamkan, jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak hospital adalah sebanyak RM1.09 juta hanya disebabkan kelicikan Tian dan ibu bapanya.

BACA: Sejarah ‘Lif Maut’ Tanpa Pintu Yang Pernah Digunakan Di Hospital Kuala Lumpur

Sumber: Oddity Central