Negara Lockdown Selepas Kes COVID-19 Meningkat

Ini Apa Yang 5 Negara Lakukan Selepas Kes COVID-19 Kembali Meningkat

Ini Apa Yang 5 Negara Lakukan Selepas Kes COVID-19 Kembali Meningka.

Kes jangkitan COVID-19 kini kembali melambung tinggi di beberapa negara, diikuti dengan penyebaran mutasi koronavirus baharu yang dikesan di England telah memaksa beberapa negara di dunia untuk mengadakan perintah kawalan pergerakan.

Buat pertama kalinya Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka 3,000 iaitu sebanyak 3,027 kes, sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 128,465 kes.

Orang ramai mula panik dengan peningkatan kes yang mencecah atas seribu setiap hari sejak belakangan ini.

Jika melihat di negara lain khususnya Asia, mereka sudah mula memperkuat usaha bagi mengekang penyakit yang sebelum ini berjaya dikekang.

Negara Lockdown Selepas Kes COVID-19 Meningkat

1. Jepun

Jepun mengisytiharkan perintah darurat di Tokyo dan tiga wilayah iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa selepas kes jangkitan mencatat rekod sebanyak 2,4000 kes.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Menteri yang terlibat dalam respons pandemik Jepun memberi amaran bahawa sistem perubatan Tokyo “terancam”.

2. England

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan sekatan baharu di England. Ia berkuatkuasa sehingga pertengahan Februari bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19.

Sepanjang sekatan, Johnson mengatakan kerajaan hanya membenarkan penduduk boleh ke luar rumah untuk membeli keperluan asas, aktiviti sukan dan keperluan perubatan.

3. China

Pihak berkuasa China melaporkan 63 jangkitan baru sejak Khamis – jumlah keseluruhan seharian yang paling tinggi sejak Julai – ketika pihak berkuasa cuba menghapuskan wabak di bandar dengan 11 juta penduduk berdekatan Beijing.

Pemerintah di bandar Shijiazhuang sudah melaksanakan penutupan sekolah, mengadakan sekatan perjalanan dan memulakan ujian besar-besaran.

4. Thailand

Thailand sebelum ini dilihat berjaya mengawal pandemik berkenaan dengan jumlah 4,000 kes jangkitan pada November lalu, walaupun menjadi negara pertama luar China dikesan dengan virus berkenaan.

Namun, wabak yang dikesan bulan lalu di pasar makanan laut menyebabkan peningkatan kes di 53 wilayah.

Pihak berkuasa mengambil langkah dengan mengumumkan sekatan pergerakan separa sehingga Februari yang mana kelab malam, gelanggang tinju, rumah urut dan salun kecantikan serta gimnasium antara perniagaan yang terjejas.

5. Lubnan

Lubnan memulakan perintah sekatan di seluruh negara bagi tempoh 25 hari bermula Khamis.

Sekatan tersebut dikuatkuasakan susulan peningkatan kes harian positif COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut dengan 4,774 kes dilaporkan pada Khamis.

Peningkatan kes itu menimbulkan keresahan terhadap krisis rawatan, yang memberi tekanan terhadap sistem rawatan kesihatan dan hospital di negara itu.

Ini merupakan sekatan ketiga sejak bermula pandemik itu di Lubnan pada Februari.

Jadi, bagaimana dengan pendirian Malaysia?

Didapati jumlah kes aktif COVID-19 di Malaysia sudah menghampiri kapasiti di pusat kuarantin.