
Netflix Keluarkan Trailer ‘Space Sweepers’, Filem Ala ‘Star Wars’ Versi Korea
Netflix baru-baru ini telah mengeluarkan satu trailer filem iaitu Space Sweepers yang menampilkan Song Joong-ki sebagai watak utamanya.
Ini merupakan projek pertama Song Joong-ki selepas drama Arthdal Chronicles (2019) yang berdepan dengan banyak kontroversi selepas perceraian beliau dengan pelakon, Song Hye-kyo.
BACA: ‘Hitman: Agent Joon’ Penuh Babak Kelakar Bila Bekas Ejen Elit Kejar Impian Jadi Pelukis Komik
Dengan latar belakang tahun 2092, filem ini mengisahkan mengenai kru kapal The Victory yang bertugas untuk mengumpul sisa berbahaya di angkasa lepas.
Mereka kemudian berjumpa dengan sebuah robot berbentuk manusia, Dorothy yang merupakan senjata kepada pemusnah massal.
Sejak daripada itu, kehidupan kru kabin mula berubah. Mereka terlibat dalam satu urus niaga berbahaya dan alam semesta diancam bahaya.
Disamakan seperti Star Wars kerana menggunakan tema angkasa lepas, filem Space Sweepers yang diarahkan oleh Jo Sung-hee (pengarah A Werewolf Boy) dikatakan sudah ditulis sejak 10 tahun lalu selepas mendapat idea daripada rakannya yang bercakap mengenai bahaya sampah angkasa.
Subjek yang selalu digunakan di animasi dan perainan video dan jarang-jarang ada di filem menyebabkan beliau mula menulis dan memikir bagaimana masalah ini boleh ditangani.
Bakal ditayangkan pada 5 Februari 2021, tonton trailer filem Space Sweepers yang turut menampilkan Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin di pautan bawah:
Jika anda minat dengan genre aksi dan sains fiksyen, anda juga mungkin berminat untuk menonton siri Netflix Sweet Home.
Mengisahkan mengenai pertembungan manusia dengan raksaksa yang merupakan manusia yang dijangkiti, siri pendek 10 episod ini bermula dengan watak Cha Hyun-soo (lakonan Song Kang) yang mengalami tekanan perasaan selepas menjadi mangsa buli.
BACA: Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’
Beliau berpindah ke sebuah apartmen baru iaitu Green Home selepas ibu, bapa dan adik perempuanya meninggal disebabkan kemalangan.
Secara tiba-tiba satu hari, negara Korea Selatan diserang satu virus yang menyebabkan manusia yang dijangkiti bertukar menjadi raksaksa. Dan Hyun-soo adalah salah seorang yang terjangkiti.
Namun, Hyun-soo berbeza kerana beliau tidak bertukar menjadi raksaksa seperti yang lain tetapi memiliki kehebatan luar biasa.
Trending now



