Karier Model Ini Musnah Bila Gambarnya Dimanipulasi Untuk Dijadikan Meme Pembedahan Plastik 3

Kerjaya Model Ini Musnah Bila Gambarnya Dimanipulasi Dan Dijadikan Meme Pembedahan Plastik

Seorang wanita yang juga model menjadi popular di seluruh dunia apabila gambar beliau dimanipulasi dan dijadikan meme oleh sebuah klinik pembedahan plastik.

BACA: Kisah Aktres Terpaksa Turun Naik Mahkamah, Diperiksa Kerana Wajah Terlalu Jelita

Heidi Yeh, seorang model dari Taiwan mendedahkan pada tahun 2012 beliau menerima tawaran sebagai ‘muka’ untuk meyakinkan orang ramai untuk menjalani pembedahan plastik dalam satu iklan berkonsep keluarga.

Karier Model Ini Musnah Bila Gambarnya Dimanipulasi Untuk Dijadikan Meme Pembedahan Plastik 1

Semasa penggambaran, tiada apa masalah yang berlaku.

Namun apabila hasil akhir ditunjukkan, Heidi mula terasa aneh apabila ketiga-tiga wajah ‘anak-anaknya’ disunting sehingga terlihat sangat berbeza dengan ‘ibu bapa’ mereka – hidung penyek dan bermata sepet.

Karier Model Ini Musnah Bila Gambarnya Dimanipulasi Untuk Dijadikan Meme Pembedahan Plastik 2

Pada awalnya, Heidi cuma mengetahui iklan tersebut akan digunakan untuk media bercetak dan satu syarikat sahaja.

Namun menjadi mimpi ngeri apabila gambar berkenaan dikongsikan di Facebook rasmi klinik pembedahan plastik tersebut dengan kapsyen:

“Pembedahan plastik – anda tidak boleh menyembunyikan ia selamanya.”

Pengguna internet menyangka ianya adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dan berkongsikannya sebagai bahan jenaka yang dianggap lucu.

Ditambah pula dengan satu cerita palsu daripada media China pada tahun 2004 yang pernah melaporkan seorang wanita disaman suaminya kerana memiliki anak perempuan yang hodoh.

Menjadi kisah yang disebarkan di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa, Heidi mengakui ianya memberi kesan yang besar dalam kehidupannya terutama kerjayanya sebagai model.

Disebabkan meme tular tersebut, banyak klien yang menarik diri daripada menggunakan Heidi sebagai model mereka.

Karier Model Ini Musnah Bila Gambarnya Dimanipulasi Untuk Dijadikan Meme Pembedahan Plastik

Malah Heidi yakin beliau ditinggalkan bekas kekasihnya kerana malu dengan kontroversi yang melanda beliau pada ketika itu.

Mengalami anggaran kerugian sekitar TWD4 juta (RM577,136) Heidi pada tahun 2015 memberitahu beliau akan memfailkan saman terhadap klinik berkenaan.

Selain daripada Heidi, seorang wanita yang menghidap masalah genetik, Lizzie Velasque turut menjadi mangsa body shaming di seluruh dunia.

BACA: Wanita Yang Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Di Seluruh Dunia

Di Malaysia pula, gambar seorang lelaki yang sedang menangis sering digunakan sebagai bahan jenaka oleh rakyat Malaysia.

Sedangkan beliau menangis disebabkan lima daripada tujuh anaknya menjadi korban tsunami yang melanda Pantai Pasir Panjang, Pulau Pinang ekoran daripada kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran Banda Aceh, Indonesia.

Sumber:

  1. BBC