Wanita Ini Tawar Pewangi Dengan Bau Orang Kesayangan Anda Yang Sudah Meninggal Dunia 2

Wanita Ini Tawar Pewangi Dengan Bau Orang Sudah Meninggal Dunia

Anda nampak perkaitan antara minyak wangi dan orang yang sudah meninggal dunia?

Pernah anda terdengar mengenai perkaitan antara bau dan memori?

Daripada bau, individu malah haiwan boleh mengingati memori yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

BACA: Tak Ada Istilah ‘Reject’, Ketahui Cara Bezakan Produk Minyak Wangi Tiruan Dan Asli

Bau boleh membangkitkan kenangan yang kuat dan jelas adalah kerana saraf untuk menghidu terletak hampir dengan kawasan otak iaitu amygdala yang menghubungkan emosi serta ingatan emosi dengan menyambungkan kepada maklumat visual.

Wanita Ini Tawar Pewangi Dengan Bau Orang Kesayangan Anda Yang Sudah Meninggal Dunia 1

Sebagai contoh bau orang yang anda sayang, seperti ibu dan ayah.

Jika setiap hari, anda bangun dan mencium bau mereka namun di saat mereka meninggal bau tersebut cuma ada dalam memori anda sahaja bersama dengan tinggalan barangan kepunyaan mereka.

Mengambil konsep tersebut, Katie Apalategui yang mendapat inspirasi daripada ibunya yang menyimpan sarung bantal mendiang ayahnya yang kerana ianya memiliki bau mendiang.

Wanita Ini Tawar Pewangi Dengan Bau Orang Kesayangan Anda Yang Sudah Meninggal Dunia
Katie bersama anak lelakinya.

Bekerjasama dengan saintis dari Universiti Le Havre,  bau tersebut dihasilkan dengan mengambil pati daripada molekul yang ada pada pakaian dan kemudiannya akan dijadikan pewangi selepas empat hari melalui proses yang ditetapkan sebelum dijual dengan harga sekitar USD600.

Berkenaan dengan pewangi, tahukah anda pewangi sebenarnya tiada istilah reject?

Penjualan produk tiruan (fake) tidak dinafikan semakin banyak dalam pasaran. Dengan ciri yang hampir sama dengan produk asli menyebabkan ada pengguna yang sukar untuk membezakannya.

Selalu juga kita dengar ada yang jual minyak wangi asli tapi yang jenis reject. Sebenarnya wujud atau tidak istilah ini?

Untuk pengetahuan anda, minyak wangi reject tak wujud sebenarnya. Ini kerana pihak pengeluar lebih rela memusnahkan produk yang tidak berkualiti daripada menjualnya demi menjaga nama baik jenama yang sudah mereka bina.

Jadilah pengguna bijak yang tahu cara bezakan minyak wangi tipu dengan asli.

Jadi bagaimana mahu membezakan sama ada ianya produk tiruan atau pun tidak?

  1. Bungkusan
  2. Harga
  3. Tulisan
  4. Bau
  5. Semak kod

Sumber:

  1. Bhernadetta Pravita