Bukan Hanya Untuk Makan, Doa Makan Juga Mujarab Untuk Cari Parkir! 1

Bukan Hanya Untuk Makan, Doa Makan Juga Mujarab Untuk Cari Parkir!

Tahukah anda, doa makan mujarab untuk diamalkan setiap hari biarpun bukan untuk makan?

Setiap yang kita lakukan ada doanya yang tersendiri. Tapi tak salah pun kalau nak baca untuk urusan lain. Sebagai contoh, doa makan.

BACA: Wanita Ini Kongsi Amalan Doa Mujarab Untuk Tahan Kentut

Mungkin ada yang merasakan doa makan hanya boleh dibaca semasa hendak makan sahaja dan jika dibaca di luar aktiviti tersebut, ianya akan kelihatan aneh dan kelakar.

Masih ramai yang tak tahu sebenarnya doa makan yang dianggap kelakar jika dibaca di luar aktiviti makan ini sebenarnya banyak kelebihannya.

Bukan Hanya Untuk Makan, Doa Makan Juga Mujarab Untuk Cari Parkir!

Jika dilihat pada makna, doa makan menyebut untuk memberkati rezeki yang diberikan kepada hambaNya dan memelihara daripada seksa api neraka.

Rezeki yang datang tidak semestinya hanya berbentuk makanan.

Jadi menggunakan konsep ini, doa makan boleh digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah untuk mencari parkir. Ada yang berkongsi, amalkan doa makan untuk kehidupan seharian memang banyak mujarab.

Malah ada juga yang mengamalkan doa makan untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Jadi selepas ini kalau anda terdengar ada yang membaca doa makan biarpun bukan untuk makan, tidak perlu lah gelakkan mereka.

Doa Tahan Kentut 2

Sebelum ini, ahli perniagaan, Neelofa ada berkongsikan doa yang beliau rasakan ianya sebagai satu rahsia kejayaannya hari ini.

Ramai sebenarnya antara kita yang seakan memperlekehkan kuasa doa, tapi lihatlah sendiri apa yang berlaku pada Neelofa.

Berkongsi doa yang selalu beliau amalkan, Neelofa berkata dengan mengamalkan doa ini, rezeki yang Allah kurniakan kepada beliau tidak pernah-pernah putus, malah semuanya terasa sangat ajaib.