Fenomena Hujan Merah Berdarah Di Kerala

Hujan ‘Berdarah’, Fenomena Alam Paling Aneh Dan Misteri

Hujan ‘Berdarah’ Merah, Fenomena Alam Paling Aneh Dan Misteri

Hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang adalah antara fenomena alam yang sering berlaku di dunia.

Manakala fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku termasuk di Malaysia tetapi ia merupakan fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.

Namun, terdapat satu fenomena hujan yang paling aneh pernah berlaku dan melanda di salah satu benua di dunia ini.

Pada 25 Julai hingga 23 September 2001, telah terjadi fenomena hujan merah di Kerala, India.

Fenomena hujan ini digelar ‘the sky is bleeding’ sehingga menyebabkan banjir kilat dikawasan terbabti dan kelihatan seperti takungan berdarah.

Hujan yang sebelumnya didahului oleh ribut petir menjatuhkan titisan hujan yang berwarna merah seperti darah.

Fenomena Hujan Merah Berdarah Di Kerala

Fenomena alam hujan berdarah yang terjadi di Kerala ini mendapat perhatian dunia. Penduduk di situ turut mendakwa air hujan yang turun pada tempoh itu juga ada berwarna kuning, hijau dan kuning.

Tidak ada yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mengapa hujan boleh turun seperti darah.

Penduduk tempatan melaporkan kedengaran bunyi letupan dan juga cahaya kilauan sebelum turunnya hujan.

Bunyi letupan dan cahaya itu dipercayai merupakan letupan meteor di langit yang menyebabkan terjadinya fenomena hujan merah.

BACA: Fenomena Hujan Meteor Dijangka Hiasi Langit Bumi Disember 2020 Ini

Fenomena Hujan Merah Berdarah Di Kerala

Pada mulanya para saintis berpendapat warna merah seakan darah itu disebabkan oleh padang pasir, seperti yang berlaku di England pada tahun 1968.

Namun penyelidikan lanjut mendapati hujan yang turun selama hampir 3 bulan itu tidak sama seperti yang berlaku di England.

Kajian awal mendapati partikel yang terdapat pada air hujan di Kerala itu merupakan sel-sel makhluk hidup.

Melalui kajian dengan mikroskop cahaya, hujan berwarna merah kerana letusan tahi bintang meteoroid di udara yang mengandungi spora warna.

Menurut ahli biologi Dr Milton Wainwright dari Universiti Sheffield, air hujan merah itu sama seperti air biasa yang memiliki pH7.

Fenomena Hujan Merah Berdarah Di Kerala

Namun air hujan itu mengandungi 100 miligram partikel yang mana jika partikelnya semakin besar maka air yang dihasilkan cenderung berwarna gelap seperti merah gelap dan hitam.

Manakala apabila partikelnya lebih kecil, maka akan menghasilkan air dengan warna yang lebih terang seperti hijau atau kuning.

Penjelasan ini menjawab laporan penduduk yang mendakwa air hujan pada tempoh itu ada berwarna hijau, kuning, dan hitam.

Kemudian, penelitian lanjut diteruskan dan didapati bahawa hujan berdarah itu bukan berasal dari letupan meteor tetapi ia berasal dari Spora Alga Bergenus Trentepohlia.

Struktur kimia dan genetik spora ini sama dengan sel-sel yang terdapat pada air hujan tersebut.

Tambahan pula, ini juga diperkuat oleh sebilangan besar alga trentepohlia yang terdapat di sekitar Kerala.

Sumber: Merinding