‘Hitman Agent Jun’ Penuh Babak Kelakar Bekas Ejen Perisik Kejar Impian Sebagai Pelukis Komik 4

‘Hitman: Agent Joon’ Penuh Babak Kelakar Bila Bekas Ejen Elit Kejar Impian Jadi Pelukis Komik

Tidak semua filem atau cerita yang berkaitan dengan ejen perisik bergenre aksi thriller. Macam filem Korea Selatan yang berjudul Hitman: Agent Joon ini yang menampilkan genre aksi komedi.

BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal

Menampilkan Kwon Sang Woo sebagai pelakon utama yang membawa watak ejen Joon yang berkhidmat sebagai pembunuh upahan untuk National Intelligence Service (NIS) yang terpaksa memalsukan kematiannya semata untuk mengejar impian bergelar pelukis komik.

‘Hitman Agent Jun’ Penuh Babak Kelakar Bekas Ejen Perisik Kejar Impian Sebagai Pelukis Komik

Dengan identiti baru, Joon akhirnya berjaya mencapai impiannya. Namun hidup sebagai pelukis komik tidaklah mudah. Komik terbitannya kurang mendapat sambutan dan beliau berdepan dengan krisis idea.

‘Hitman Agent Jun’ Penuh Babak Kelakar Bekas Ejen Perisik Kejar Impian Sebagai Pelukis Komik 3

Tertekan membaca komen haters, Joon memabukkan diri sehinggalah beliau dalam keadaan tidak sedar telah melukiskan kisahnya semasa berada dalam NIS termasuklah rahsia dalaman NIS.

Keesokan harinya, bos beliau memaklumkan bahawa siri komik beliau itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan menyuruh Joon untuk terus menyambung tulisannya.

Menyedari kesilapan yang sudah beliau lakukan, Joon meminta agar bosnya menurunkan komik tersebut namun enggan dituruti.

‘Hitman Agent Jun’ Penuh Babak Kelakar Bekas Ejen Perisik Kejar Impian Sebagai Pelukis Komik 1

Disebabkan rahsia NIS sudah terbongkar, Joon bukan sahaja diburu pasukan NIS tetapi juga musuh yang sudah lama menjejaki beliau.

Tidak dinafikan selain daripada impak Kwon Sang Woon, konsep filem ejen yang lain daripada lain menjadikan filem Agent: Hitman Joon ini berjaya mengutip jumlah tontonan melebihi satu juta pada hari kelima tayangannya.

‘Hitman Agent Jun’ Penuh Babak Kelakar Bekas Ejen Perisik Kejar Impian Sebagai Pelukis Komik 2

Unsur-unsur lucu yang tidak berlebihan dan kena dengan selera penonton menjadikan plot lebih menarik. Malah tempo dan plot perjalanan cerita yang kemas menjadikan filem ini berjaya menghiburkan.

Tonton trailer filem Hitman: Agent Jun di pautan bawah: