Rowan Atkinson Penat Stres Jadi Mr Bean

Rowan Atkinson Dedah Letih Dan Stres Bawa Watak Mr Bean

Rowan Atkinson Dedah Letih Dan Stres Bawa Watak Mr Bean

Kehidupan kanak-kanak yang lahir era 90-an sangat berbeza berbanding kanak-kanak sekarang apatah lagi pada waktu itu, teknologi tidaklah begitu maju malah telefon bimbit pula masih di awal-awal kemunculan.

Walaupun serba-serbi kekurangan, namun kenangan dan momen indah tidak langsung berkurang malah mungkin lebih meriah berbanding kanak-kanak sekarang.

Salah satu rancangan yang pasti setiap kanak-kanak pada era tersebut tak terlepas ialah rancangan komedi Mr Bean.

Watak Mr Bean yang amat melekat diingatan kanak-kanak pada era itu telah dilakonkan dengan jayanya oleh seorang lelaki bernama Rowan Sebastian Atkinson.

Kejayaan beliau memegang watak Mr Bean sehingga ramai yang menganggap itulah dirinya yang sebenar.

Rowan Atkinson Penat Stres Jadi Mr Bean

Sebenarnya tidak kerana beliau merupakan seorang pelakon, pelawak dan penulis skrin England yang terkenal dengan hasil karyanya dalam sitkom Blackadder dan komedi Mr Bean.

Begitu berhasilnya pembawaan watak lucunya itu, Rowan Atkinson disenarai sebagai pelakon paling lawak dalam komedi British.

Namun, di sebalik kejayaan yang diperoleh Rowan sehingga kini, beliau mendedahkan sebenarnya tidak seronok melakonkan watak lelaki dewasa yang sering membawa teddy bear berwarna coklat kemana-mana itu.

“Beban tanggungjawab yang dipikul tidak seronok. Saya menjadi stres dan keletihan, dan saya sudah tidak sabar untuk menamatkan semua ini,” katanya kepada Radio Times.

“Kejayan Mr Bean tidak mengejutkan saya. Menonton orang dewasa yang tidak tahu perkara relevan dan berkelakuan keanak-anakan secara dasarnya amat melucukan.”

Atkinson yang kini berusia 65 tahun mengakui lebih mudah untuk membawa watak vokal berbanding dengan visual dan sudah tidak seronok membawa watak yang menjadikannya terkenal di seluruh dunia.

Rowan Atkinson Penat Stres Jadi Mr Bean

Ditanya tentang karakter yang beliau rindui dan mahu lakonkan semula, Atkinson menyatakan ianya bukan Mr Bean tetapi Blackadder. Atkinson tidak yakin beliau akan berpeluang membawa watak itu lagi.

Pemegang darjah kebesaran Most Excellent Order of the British Empire (CBE) mendedahkan tidak sabar menantikan peranannya sebagai watak tersebut berakhir.

Siri komedi Mr Bean mempunyai 15 episod bermula tahun 1990 hingga 1995, kemudian diterbitkan dalam dua filem iaitu Bean Mr Bean’s Holiday, yang masing-masing dikeluarkan pada tahun 1997 dan 2007.

Jika anda mahu menonton semula lakonan Rowan Atkinson di dalam mana-mana cerita Mr Bean anda boleh pergi ke YouTube Channel Mr Bean.

Sumber: Independent UK