Dikatakan Ada Iras Presiden Xi Jinping, Ini Sebab Kenapa China Haramkan ‘Winnie The Pooh’ 4

Dikatakan Ada Iras Presiden Xi Jinping, Ini Sebab Kenapa China Haramkan ‘Winnie The Pooh’

Tahukah anda filem animasi Winnie the Pooh & Friends di haramkan di China pada tahun 2013 biarpun tiada unsur ganas atau pun keterlaluan di dalamnya.

China haramkan Winnie the Pooh selepas banyak meme yang membandingkan wajah Xi Jinping dan Pooh

Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi berhubung tindakan pengharaman tersebut, namun ada beberapa teori daripada beberapa sumber yang mengatakan bahawa tindakan tersebut berpunca daripada wajah watak Pooh yang dijadikan meme kerana hampir sama dengan Presiden China, Xi Jinping.

Angkuhnya China Tersungkur Kerana Koronavirus

Dikatakan watak Pooh menjadi bahan yang digunakan pihak lawan bagi menyatakan penentangan mereka terhadap Jinping.

Bukan setakat diharamkan, malah kerajaan China dikatakan menapis ketat imej karakter Winnie the Pooh yang ada di saluran dalam talian mereka.

Sebelum Winnie the Pooh, ada beberapa lagi filem asing yang disekat kerajaan antaranya Mission Impossibele IIIShaolin SoccerMemoirs of a Geisha dan King and the Clown.

Dikatakan Ada Iras Presiden Xi Jinping, Ini Sebab Kenapa China Haramkan ‘Winnie The Pooh’
Gambar Xi Jinping dan Barrack Obama yang hampir sama dengan satu babak dalam filem animasi ini menunjukkan teori mengapa Winnie the Pooh diharamkan di China.
Dikatakan Ada Iras Presiden Xi Jinping, Ini Sebab Kenapa China Haramkan ‘Winnie The Pooh’ 1
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut terkena tempias.

Sekiranya anda cuba melakukan carian dengan kata kunci Winnie the Pooh, akan ada amaran yang memaklumkan bahawa imej atau hasil carian tidak boleh dipaparkan kerana tertakluk kepada undang-undang negara.

Isu pengharaman filem animasi Winnie the Pooh ini kembali disebut selepas pengasas Alibaba.com, Jack Ma dikatakan hilang susulan lebih dua bulan tidak memunculkan diri di khalayak ramai.

Ramai yang berspekulasi ianya ada kaitan dengan kontroversi kenyataan Jack Ma mengkritik sistem kewangan China yang bersifat tradisional dan berpendapat perlunya ada satu sistem baharu yang mesra golongan muda.

BACA: Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China?

Sumber:

  1. The Guardian
  2. Film censorship in China