Berbaloi Atau Tidak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’

Berbaloi Atau Tak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’?

Filem aksi thrillerThe Last Days of American Crime yang ditayangkan pada awal Jun 2020 di Netflix mendapat kritikan hebat daripada para pengkritik filem kerana dikatakan tidak mempunyai makna.

Yang memburukkan keadaan apabila ianya ditayangkan semasa protes korban lelaki berkulit hitam, George Floyd di Amerika Syarikat yang berpunca daripada krisis perkauman.

BACA: Anak Bongsu George Floyd Kini Salah Seorang Pemegang Saham Disney

Rating yang diberikan oleh IMDb cuma 3.6/10, manakala daripada Common Sense Media dan Metacritic masing-masing adalah sebanyak 1/5 dan 15% nyata tidak memberangsangkan untuk penonton menonton filem aksi ini.

Yang paling buruk dari Rotten Tomatoes iaitu dengan nilai 0%, sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Jadi berbaloi atau tak habiskan masa selama dua jam 29 minit untuk menonton filem ini?

Berbaloi Atau Tidak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’ 1

Secara kasarnya, filem ini mengisahkan mengenai masa hadapan iaitu pada tahun 2024 yang mana pemerintah Amerika Syarikat sudah bersiap sedia untuk mengaktifkan isyarat Inisiatif Perdamaian Amerika (API) – satu sekatan sinaptik yang akan mencegah rakyat melanggar undang-undang.

Amerika Syarikat pada ketika itu berada dalam keadaan kacau bilau dek kerana terlalu banyaknya protes, kejadian jenayah dan terrorisme sehingga menyebabkan keadaan negara berada dalam keadaan tidak stabil.

Sekatan ini akan menyebabkan rakyat dikawal, membawa kerugian kepada rakyat dan memberikan keuntungan kepada pihak kerajaan sahaja.

Berbaloi Atau Tidak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’ 2

Oleh itu Graham Bricke (lakonan Edgar Ramirez) bekerjasama dengan Kevin Cash (lakonan Michael Pitt) dan tunang Kevin, Selby Dupree (lakonan Anna Brewster) untuk merompak USD1 juta dan membalas dendam atas korban adiknya di dalam penjara.

Namun rancangan tersebut perlu dilakukan sebelum API diaktifkan dan mereka perlu segera keluar dari sana dan masuk ke Kanada.

Biarpun banyak menampilkan aksi antaranya adegan tembak menembak sehinggalah aksi yang jauh lebih brutal, filem adaptasi berdasarkan novel grafik Rick Remender dan Greg Tocchini ini dikira gagal dan antara yang paling buruk dalam sejarah biarpun merupakan antara filem yang popular di Netflix.

Selain daripada disifatkan sebagai filem ‘paling kacau dan mengerikan’, campuran elemen protes dalam genre sains fiksyen ini turut dikatakan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Tonton trailer The Last Days of American Crime di pautan bawah: