Dan Price ‘Bos Gila’ Yang Sanggup Potong Hampir Separuh Gajinya Untuk Pekerja 1

Dan Price: ‘Bos Gila’ Yang Sanggup Potong Hampir Separuh Gajinya Untuk Pekerja

Dan Price, seorang bos gila yang memotong hampir separuh gajinya untuk kebajikan pekerja.

BACA: Wajibkan Pekerja Solat 5 Waktu Dan Tutup Aurat, Keprihatinan Bos Cina ini Dipuji

Mungkin anda pernah dengar tentang Dan Price, seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat yang tular kerana gajinya jauh lebih rendah berbanding gaji pekerja biarpun menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Mengendalikan perniagaan pemprosesan kad kredit secara dalam talian iaitu Gravity Payments, Dan menarik perhatian ramai apabila menurunkan gajinya daripada USD1.1 juta setahun kepada USD70,000 setahun demi kebajikan pekerja syarikatnya.

Dan Price ‘Bos Gila’ Yang Sanggup Potong Hampir Separuh Gajinya Untuk Pekerja 2
Sumber: The New York Times

Semasa mengumumkan bahawa gaji minimum pekerja syarikatnya akan dinaikkan kepada USD50,000 setahun berkuat kuasa serta merta dan jumlah berkenaan akan dinaikkan kepada USD70,000 setahun dalam masa tiga tahun, rata-rata daripada pekerja tergamam.

Dan Price ‘Bos Gila’ Yang Sanggup Potong Hampir Separuh Gajinya Untuk Pekerja

Salah seorang pekerja dengan gaji USD33,000 setahun menyatakan rasa terkejut beliau dengan tindakan drastik Dan dan merasakan ianya sebagai situasi yang mengubah hidupnya dan rakan-rakan sekerja lain.

Selepas berita kenaikan gaji secara mendadak itu, syarikat Dan menerima lebih daripada 535 pemohonan kerja dalam tempoh satu hari sahaja.

Mungkin ada yang menjangkakan syarikat Dan tidak mampu bertahan selepas itu terutamanya semasa pandemik Covid-19 melanda dunia namun Dan ada cara beliau tersendiri untuk kekal membuat keuntungan.

Ajaibnya, keuntungan yang syarikat jana jauh lebih tinggi daripada apa yang dilaburkan kepada 120 pekerja Gravity Payments.

Sumber:

  1. Forbes
  2. CBS News
  3. Farahani