
‘Forgotten’ Papar Tragedi Dengan Plot Twist Tak Penonton Jangka
Filem Korea Selatan, Forgotten kembali menjadi sebutan beberapa hari belakangan ini.
Diarahkan oleh Jang Hang Jun, filem Forgotten membariskan pelakon-pelakon hebat dari Korea Selatan seperti Kang Ha Neul, Kim Moo Yul, Moon Song Keun dan Na Young Hee.
Ditayangkan pada penghujung 2017, filem ini banyak membawa elemen plot twist yang tidak penonton jangkakan.
Filem Forgotten mengisahkan mengenai, Jin Seok (lakonan Kang Ha Neul) dan keluarganya yang baru sahaja berpindah ke rumah baharu. Di dalam rumah tersebut, ada satu bilik yang menjadi misteri kerana dikunci oleh pemilik sebelumnya.
Konflik bermula apabila Jin Seok sering terdengar bunyi dari bilik misteri tersebut, terutamanya semasa waktu malam. Yang anehnya, ahli keluarga Jin Seok langsung tak dengar!
Pada satu malam, Jin Seok merasa aneh apabila abangnya, Yoo Seok (lakonan Kim Moo Yul) sering ‘hilang’ pada waktu malam sehinggalah kembali semula 19 hari kemudian tanpa mengingat apa yang berlaku kepadanya sepanjang tempoh tersebut.
Mengupas misteri yang membelenggu, satu demi satu plot dileraikan sehingga menyebabkan penonton sendiri merasa cemas dan terkeliru antaranya Yoo Seok bukanlah abang kepada Jin Seok sebenarnya.
BACA: Tonton Bagaimana Nenek Alzheimer Jadi Detektif Dalam ‘Oh! My Gran’
Sebenarnya klu sudah pun diberi di awal plot yang mana adanya babak ahli keluarga Jin Seok sering mengingatkannya untuk sentiasa makan ubat dan menganggap Jin Seok hanyalah berhalusinasi dengan apa yang beliau dengar.
Untuk tahu apa yang berlaku, anda kena tonton sendiri filem Forgotten di Netflix.
Trending now



