Suku Apatani Hodohkan Diri Elak Nafsu Lelaki

Suku Ini Miliki Tradisi Sengaja Hodohkan Wajah Demi Lindungi Diri Daripada Nafsu Lelaki

Suku Ini Miliki Tradisi Sengaja Hodohkan Wajah Demi Lindungi Diri Daripada Nafsu Lelaki.

Setiap orang memiliki standard kecantikan menurut kefahaman sendiri, tetapi umumnya industri hiburan kerap meletakkan stigma kecantikan itu berupa tubuh ideal, kulit putih, rambut lurus dan wajah yang tirus.

Namun, ternyata pemikiran tersebut tidak berlaku di beberapa wilayah seperti Afrika, Cina dan beberapa negara lain yang mana mereka memiliki standard kecantikan yang cukup unik dan mungkin membuat anda geleng kepala.

Tetapi kalau kecantikan itu membawa musibah, menjadi satu ujian untuk melindungi diri.

BACA: Tak Pernah Mandi Tapi Wanita Suku Kaum Ini Dianggap Tercantik Di Afrika

Sebahagian wanita akan mengambil kelas seni bela diri sebagai langkah untuk melindungi atau membela diri.

Namun berbeza dengan salah satu suku di India, wanita dari suku Apatani atau Tani di daerah Arunachal Pradesh sengaha mencacatkan wajah sendiri untuk tampak hodoh bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa nafsu lelaki.

Suku Apatani Hodohkan Diri Elak Nafsu Lelaki

Mereka membuat tatu bergaris di muka, dagu dan memakai penyumbat hidung, dianggap suku kaum yang mempunyai wajah paling pelik.

Mengikut cerita lama, wanita Apatani pada asalnya terkenal dengan kecantikan paras rupa hingga menjadi dambaan lelaki suku kaum lain menyebabkan ada yang sanggup menceroboh masuk ke kampung dan melarikan mereka.

Sebagai taktik melindungi diri, golongan tua dalam masyarakat itu mengarahkan semua wanita tidak kira sama ada muda atau tua, perlu mencacah muka mereka dengan tatu dan memakai penyumbat hidung.

Suku Apatani Hodohkan Diri Elak Nafsu Lelaki

Penyumbat hidung itu disumbat pada kedua-dua hidung mereka dan biasanya dipotong mengikut saiz lubang hidung masing-masing.

Ia kelihatan agak ngeri apabila hidung yang digunakan untuk bernafas, disumbat pula dengan objek seperti kayu.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan buat masyarakat itu atas faktor menjaga keselamatan diri sendiri daripada menjadi mangsa culik dan seterusnya hilang tanpa khabar berita.

Walaupun kebanyakan masyarakat kini menjalani kehidupan serba moden, suku Apatani masih meneruskan tradisi mereka selain mengamalkan agama Donyi-Polo yang menyembah matahari dan bulan.

Seorang jurugambar warga Britain, Pete Oxford yang pernah mengambil gambar rupa paras suku Apatani ini mengatakan hampir setiap wanita yang berusia 40-an mempunyai wajah sebegitu.

Bagaimanapun, generasi lebih muda yang lahir selepas 1970-an pula tidak lagi meneruskan adat pelik itu kerana tidak sanggup kelihatan hodoh, malah adat itu dianggap akan merencatkan masa depan mereka sekiranya ingin berhijrah dan keluar bekerja di bandar.

Kerajaan India dilaporkan mengharamkan amalan itu pada 1970-an yang mungkin menyebabkan ia lama-kelamaan semakin terhapus.

Sumber: Serambi News