Faktor Tips Beli Mesin Dryer

Mesin ‘Dryer’ Kini Satu Keperluan? Wanita Ini Kongsi Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli

Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Beli Mesin ‘Dryer’.

Musim hujan yang kini melanda di seluruh Malaysia kini menjadikan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa.

Mana tidaknya, cuaca lembab sepanjang hari membuatkan pakaian harian yang kita basuh tidak kering sepenuhnya.

Jadi, ramai yang ambil kesempatan untuk membasuh baju di dobi lebih-lebih lagi menggunakan perkhidmatan mesin pengering baju (dryer) di sana supaya baju tidak berbau hapak.

Maka, ramailah berpusu-pusu memenuhi kedai dobi menunggu giliran untuk mengeringkan pakaian masing-masing.

Dari situ, kita sudah membuang masa beratur panjang di kedai dobi dan ramai mula terfikir untuk membeli mesin dryer sendiri di rumah.

Faktor Tips Beli Mesin Dryer

Namun, berbaloikah untuk membeli mesin dryer di rumah dengan harganya pun tidaklah begitu murah.

Sebelum anda tekad untuk membeli mesin dryer atau masih bermain dalam fikiran, mari baca perkongsian daripada Nurul Shazalina Zainudin ini yang sangat membantu.

Kata Nurul Shazalina, jika anda ada bajet, belilah mesin pengering baju tetapi perlu mengambil kira beberapa faktor ini iaitu:

1. Bajet
2. Jimat elektrik atau tidak
3. Ruang letak mesin

Mesin dryer yang menjimatkan elektrik semestinya mahal sedikit dan jenis ini dipanggil heat pump.

Terdapat tiga jenis mesin pengering baju yang berada di pasaran iaitu:

1. Vented (anggaran boleh dapat bawah RM1k)

Faktor Tips Beli Mesin Dryer
Sumber: Kemudi Timur Elektronik

2. Condenser (RM1-2k)

Faktor Tips Beli Mesin Dryer
Sumber: Kemudi Timur Elektronik

3. Heat pump (RM3k ke atas)

Faktor Tips Beli Mesin Dryer
Sumber: Kemudi Timur Elektronik

Faktor penjimatan elektrik

Tiga-tiga jenis ini semua keringkan kain dengan elok, cuma atas kita nak pilih jenis mana mengikut bajet kita.

Jenis vented yang ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi, kena halakan corong itu keluar.

Condenser tiada corong, jadi mahal sedikit berbanding vented. Heat pump pun tiada corong namun lebih mahal kerana ia sangat menjimatkan elektrik.

“Heat pump ini beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik. Macam mana nak tahu? Boleh semak gred dia atau maklumat penggunaan elektrik dia. Semua dryer patut ada info ini, tinggal kita tanya saja.”

Faktor ruang

Perlu diambil kira faktor ruang untuk meletak mesin mengikut keluasan rumah anda.

Jika ruang kecil, boleh membeli yang jenis 2 dalam 1 dryer tetapi jenis ini hanya condenser sahaja.

Ada pelbagai jenama yang popular orang ramai gunakan seperti Electrolux, Toshiba, Midea, Beko dan TEKA.

“Serius ini antara benda yang sangat memudahkan hidup satu keluarga anda.”

Paling penting, gunakan satu plug khas untuk mesin dryer sahaja. Tidak boleh guna extension atau campur-campur plug.

Sumber: Nurul Shazalina Zainudin