Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China 3

Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China?

Teori di sebalik kehilangan Jack Ma.

Kecoh di internet semalam, pengasas Alibaba.com yang juga merupakan antara orang terkaya dunia yang berada dalam pemantauan kerajaan China dilaporkan hilang selepas lebih dua bulan tidak muncul di khalayak ramai.

BACA: Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma

Beliau yang merupakan juri dalam program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes tidak memunculkan diri pada episod akhir dan digantikan dengan seorang eksekutif Alibaba.

Namun jurucakap Alibaba menjelaskan Jack Ma tidak dapat hadir ke program berkenaan kerana berlakunya pertindihan jadual.

Secara ringkas mengenai Ant Group

Ant Group sebelum ini dikenali sebagai Ant Financial dan Alipay adalah sebuah syarikat gabungan Kumpulan Alibaba China.

Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China 1

Memiliki platform pembayaran digital terbesar di China, Alipay memiliki lebih daripada satu bilion pengguna dan 80 juta pedagang dengan jumlah pembayaran (TPV) mencecah CN$118 trillion pada Jun 2020.

Selain mengendalikan Alipay, Ant Group juga mengendalika Yu’e Bao yang sebelum ini merupakan dana pasaran wang terbesar dunia dan juga menjalankan Zhia Credit, satu sistem penilaian kredit pihak ketiga.

Krisis antara Ant Group dengan Kerajaan China

Beberapa bulan lalu, salah satu perniagaan milik Jack Ma iaitu Ant Group berada dalam pemantauan kerajaan China susulan satu kenyataan kontroversi Jack Ma pada 24 Oktober lalu.

Jack Ma telah mengkritik sistem kewangan China yang bersifat tradisional dan berpendapat perlunya ada satu sistem baharu yang mesra golongan muda.

“Sistem kewangan hari ini adalah warisan Zaman Industri (tradisional).

Kita perlu menyediakan sistem baru untuk generasi akan datang dan orang muda. Kita perlu mereformasi sistem sedia ada.”

Disebabkan itu, IPO Ant Group digantung kerajaan dengan beberapa alasan antaranya melibatkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan. Malah kerajaan China turut meminta agar Ant Group  menyusun semula operasinya dan menyiasat syarikat Alibaba mengikut undang-undang anti-monopoli.

Jack Ma Letak Jawatan

Isu ini menjadi sebab Jack Ma dihalang untuk keluar dari negara China.

Beberapa pihak mendakwa halangan yang dilakukan kerajaan China terhadap Jack Ma adalah bertujuan untuk mengurangkan kuasa Jack Ma terutamanya dalam ekonomi dan politik selain daripada seakan memberikan amaran kepada rakyat China bahawa tiada sesiapa boleh menjadi lebih besar daripada kerajaan biarpun anda adalah usahawan yang paling dikagumi di China malah di dunia sekalipun.

Ada sumber yang mengatakan bahawa arahan halangan terhadap Jack Ma ini dikeluarkan sendiri oleh Presiden China, Xi Jinping kerana memiliki kuasa autoriti untuk melaksanakannya walaupun usaha penjualan Ant Group sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Peraturan Sekuriti China.

Sebab kenyataan kontroversi dikeluarkan Jack Ma

Kritikan Jack Ma terhadap sistem kewangan China dipercayai berpunca daripada peraturan baharu yang dikeluarkan kerajaan China yang mewajibkan Ant Group memiliki lebih banyak pemilikan saham dalam syarikat.

Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China 4

Jika diikuti, ini akan menyebabkan IPO ANT Group kurang menguntungkan.

Jack Ma melihat ini sebagai satu ancaman terhadap model perniagaannya dengan Ant dibebani keperluan modal yang besar dan mengurangkan kemampuannya untuk memberi pinjaman.

Kesan daripada tindakan kerajaan China

Tindakan Jack Ma dikhuatiri bukan sahaja melibatkan perniagaan milik beliau, tetapi juga perniagaan lain apabila wakil kerajaan pada November lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebenaran adalah tertakluk kepada bagaimana reaksi syarikat terhadap perubahan persekitaran yang dilakukan kerajaan.

BACA: Kim Jong-un Buat Kemunculan Umum Pertama Selepas 20 Hari Menghilangkan Diri

Biarpun kerajaan memberitahu penarikan kebenaran tersebut hanya bersifat sementara, ramai yang percaya ianya sebenarnya akan dibatlkan terus.

Sumber:

  1. The Telegraph
  2. Astro Awani
  3. Economic Times
  4. Osman Affandi