Tular Tempat OOTD Baru Di Sungai Petani, Rupanya Ramai Yang Dah Tertipu 5

Tular Lokasi Pelancongan Baru Di Sungai Petani, Rupanya Ramai Yang Dah Tertipu

Sungai Petani, Kedah ada port bergambar baru?

Menjelang cuti persekolahan, ramailah yang akan merancang percutian bersama keluarga. Ditambah pula dengan kebenaran untuk melakukan pelancongan domestik daripada kerajaan ramailah yang mengambil peluang yang ada.

Baru-baru ini, tular hantaran mengenai satu lokasi percutian di Sungai Petani, Kedah yang memaparkan arca gergasi jerami antaranya berbentuk gorila, gajah dan kerbau.

BACA: Pelancong Hanya Kenal ‘Bangkok’, Ini Nama Asal Dan Makna Sebenar Ibu Kota Thailand

Tular Tempat OOTD Baru Di Sungai Petani, Rupanya Ramai Yang Dah Tertipu

Teruja dengan hal tersebut, ramailah yang sanggup datang dari jauh ke Taman Padimas, Sungai Layaq untuk melihat sendiri arca yang ada.

Namun keterujaan mereka rupanya sia-sia kerana hantaran tersebut hanyalah jenaka media sosial yang dipercayai ramai.

Untuk pengetahuan anda, gambar yang disebarkan itu bukanlah dari Malaysia sebaliknya merupakan lokasi pelancongan di Chiang Mai, Thailand.

Arca gergasi yang jauh lebih besar ini dipamerkan  di kawasan tengah sawah padi yang berada dalam taman tema Huay Tueng Thao Lake banyak menerima kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau pun luar negara.

Tular Tempat OOTD Baru Di Sungai Petani, Rupanya Ramai Yang Dah Tertipu 1

Arca Jerami Thailand

Tular Tempat OOTD Baru Di Sungai Petani, Rupanya Ramai Yang Dah Tertipu 3

Arca Jerami Thailand

Pengajaran daripada kejadian ini, silalah jadi pengguna media sosial yang bijak dan berempati.  Mungkin niat si empunya hantaran hanya mahu  berlawak, namun tanpa sedar kesannya besar kepada orang lain.

Terdahulu, kartunis Taugeh pernah menghasilkan arca jerami padi berbentuk haiwan, manusia dan peralatan pertanian untuk dijual kepada pihak yang berminat.

Beliau menerusi Jari Seni Anak Tani (JASAT) memberitahu mana-mana orang yang berminat untuk menghasilkan arca menggunakan jerami padi.

Biarpun kerajaan sudah membenarkan rentas negeri bagi tujuan pelancongan, namun perlu diingatkan supaya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) supaya jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia dapat diputuskan.