Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Belanjawan 2021

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Barangan Elektrik Di Shopee – Belanjawan 2021

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Barangan Elektrik Di Shopee.

Belanjawan 2021 menyaksikan sejumlah RM30 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada warganegara Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan barangan jimat elektrik.

Sebanyak 140,000 isi rumah bakal menerima manfaat melalui Program SAVE 2.0 iaitu e-Rebat RM200 diberikan untuk membeli alat peralatan elektronik cekap tenaga buatan.

Inisiatif ini adalah usahasama kerajaan Malaysia, SEDA, Suruhanjaya Tenaga dan Shopee sebagai platform pembelian.

Melalui program SAVE 2.0, kerajaan menggalakkan pembelian barangan elektrik penyaman udara atau peti sejuk oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mana ia merupakan produk buatan tempatan.

Untuk menebus baucar RM200 ini, permohonan perlu dibuat melalui platform e-dagang Shopee.

Penebusan ini berdasarkan bil TNB iaitu terhad satu penebusan untuk satu akaun TNB.

Jika anda ada merancang untuk membeli penyaman udara atau peti sejuk, inilah peluang anda untuk berjimat sebanyak RM200 dengan menebus e-Rebat Program Save 2.0.

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Belanjawan 2021

Bagi anda yang berminat, boleh membuat permohonan melalui laman Shopee, terbuka kepada warganegara Malaysia dan pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Belanjawan 2021

Cara daftar dan tebus e-Rebat RM200 barangan elektrik di Shopee:

Syarat Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna TNB, SESB atau SEB
  • Setiap akaun bil elektrik hanya dapat satu kupon

1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau App Store.
2. Buka aplikasi Shopee dan pilih ‘Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200’.
3. Klik pada butang ‘Daftar Sekarang’ untuk membuat pendaftaran.
4. Imbas kod QR di bawah.

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Belanjawan 2021

5. Isi maklumat yang diminta. Jika bukan pemegang akaun bil elektrik, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar, contohnya: anak.
6. Status permohonan yang telah berjaya dihantar akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja.

Jika lulus, e-Rebat RM200 akan dikreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet anda.

Bagaimana untuk semak barangan elektrik berlabel 4 atau 5 bintang?

Anda boleh semak penilaian kecekapan tenaga untuk perkakas rumah di portal Suruhanjaya Tenaga.

Pergi ke ‘MEPS Aplliance’, pilih kategori, star rating dan hit search. Boleh juga membuat pencarian mengikut jenama dan nombor model.

Cara Daftar Dan Tebus Baucar RM200 Belanjawan 2021
Sumber: SoyaCincau

Boleh mohon dan tebus sekarang di Shopee.

Selamat menebus!