kwsp i-sinar

Status Pengeluaran KWSP i-Sinar Kategori 1 Kini Telah Dikeluarkan

Pada 21 Disember 2020 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan mengumumkan dua kategori ahli yang layak memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar.

Kemudahan yang diberikan menerusi program i-Sinar ini dikatakan bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta ahli dengan jumlah sekitar RM14 bilion kepada yang layak.

Kemudahan menerusi program i-Sinar ini membolehkan ahli yang layak mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, maka akses amaun anda yang boleh dikeluarkan ialah sehingga RM9,000.

Semakan status pengeluaran i-Sinar KWSP ini boleh dibuat di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my bermula 4 Januari 2021.

Pembayaran dijangka dibuat pertengahan bulan ini.

kwsp i-sinar

Kemudahan i-Sinar ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula daripada tarikh pertama pengkreditan.

Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini dan masih keliiru mengenainya.

Kepada yang belum memohon program ini, boleh ikuti panduan di bawah untuk membuat permohonan baru:

  1. Daftar dahulu nombor telefon di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaranmasih aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan program ini telah diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta pencarum bakal mendapat manfaat daripadanya.