‘ANNA’ Filem Aksi Thriller Ala John Wick, Tapi Dalam Versi Wanita 1

‘ANNA’ Filem Aksi Thriller Ala John Wick, Tapi Dalam Versi Wanita

ANNA merupakan filem aksi thriller yang konsepnya hampir seperti siri filem John Wick namun menampilkan wanita sebagai watak utamanya.

BACA: Hari Keanu Reeves: Matrix 4 Dan John Wick 4 Kongsi Tarikh Tayangan Yang Sama

Mengisahkan mengenai Anna Poliatova (lakonan Sasha Luss) yang hidup dalam keadaan tiada hala tujuan, beliau kemudiannya seakan menemui jalan keluar apabila seorang agen perisikan KGB menawarkan beliau pekerjaan sebagai seorang pembunuh upahan. 

Dijanjikan kebebasan yang memang beliau inginkan, Anna menerima tugasan tersebut.

Namun krisis berlaku apabila identiti Anna terbongkar. Turut dijanjikan kebebasan, Anna berpaling tadah bekerja dengan CIA tanpa pengetahuan KGB.

‘ANNA’ Filem Aksi Thriller Ala John Wick, Tapi Dalam Versi Wanita

Misi demi misi dijalankan, Anna merasakan bahawa ini bukanlah yang beliau mahukan. Dengan satu demi satu plot twist dipertontonkan, karakter Anna ada nilai uniknya yang tersendiri – seorang wanita yang sanggup berbuat apa sahaja demi kebebasan kehidupan yang dijanjikan.

Berbeza dengan filem spy yang lain, jalan cerita Anna sememangnya menjanjikan kepuasan terhadap penonton yang sememangnya menggemarkan filem aksi thriller seperti John Wick.

‘ANNA’ Filem Aksi Thriller Ala John Wick, Tapi Dalam Versi Wanita 2

Turut menampilkan Cilian Murphy, Luke Evans dan Helen Mirren sebagai pelakon tambahan, tonton dahulu trailer filem Anna arahan Luc Besson di pautan bawah.

Tengah cari filem atau drama menarik?

Sini kami ada senaraikan beberapa drama Korea yang tidak popular tapi menarik untuk anda tonton. Yang penting, tak rasa menyesal.

BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal