Curi Dan Sekat, Lihat Taktik Kotor Jeff Bezos Bagi Kekalkan Jualan Amazon

Curi Dan Sekat, Ini Taktik Kotor Jeff Bezos Bagi Kekalkan Jualan Amazon

Pernah terfikir tak, bagaimana Jeff Bezos mengekalkan jualan Amazon?

Platform Amazon merupakan platform beli belah atas talian yang terbesar di dunia setakat ini. Ditubuhkan pada 1994, Amazon mampu bertahan sebagai yang terunggul biarpun sudah hampir 27 tahun beroperasi.

BACA: Nilai Kekayaan Pengasas Amazon.com Semakin Meningkat Susulan Pandemik COVID-19

Bermula sebagai sebuah syarikat kecil yang menjual buku, platform yang diasaskan oleh Jeff Bezos ini berjaya menjadikan beliau tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai USD193.1 bilion.

Namun, Amazon dikenali sebagai salah sebuah platform beli belah yang memiliki taktik kotor tersendiri bagi memastikan kedudukan mereka tidak dicabar biarpun oleh peniaga kecil di Amazon.

Curi idea dan produk sebelum sekat peniaga

Untuk memantau peluang perniagaan, Amazon telah menubuhkan satu kumpulan khas yang ditugaskan untuk memerhati produk yang berjaya mencapai jualan tinggi di platform tersebut.

Nilai Kekayaan Pengasas Amazon.com Semakin Meningkat Ketika Pandemik COVID-19
Sumber: Techh Crunch

Selepas produk dikenal pasti, ada dua cara yang akan Amazon lakukan:

1. Beli secara pukal daripada peniaga dan menjualnya semula.

2. Mencuri idea jualan sebelum peniaga disekat daripada menjual di platform Amazon.

Sebagai contoh yang berlaku pada syarikat kecil Pirate Trading yang sudah pun menjual produk audio visual selama 10 tahun di Amazon.  Pirate Trading berjaya mencapai nilai jualan lebih RM14.22 juta hanya untuk produk tripod sahaja.

Sedar dengan potensi yang ada pada produk tersebut, Amazon menyelidik latar belakang produk dan menjalankan kerjasama bersama pengilang sama untuk penghasilan produk yang sama dan menjualnya di bawah jenama Amazon.

Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Ke Israel Tidak Palestin

Disebabkan membeli secara pukal dalam kuantiti tinggi, Amazon mampu menjual dengan harga jauh lebih rendah kepada pembeli menjadikan mereka pilihan pertama berbanding tripod daripada Pirate Trading tadi.

Pirate Trading tidak berdiam diri dan terus melawan Amazon, namun enggan memanjangkan keadaan Amazon dengan mudahnya menyekat produk tripod Pirate Trading dengan alasan ianya adalah produk tiruan.

Bukan setakat Pirate Trading yang terkena, malah peniaga kecil pun turut menjadi mangsa kekejaman Amazon dalam berniaga. Seakan tiada adab!

Curi Dan Sekat, Lihat Bagaimana Amazon Gunakan Taktik Kotor Untuk Kekalkan Jualan 1 Curi Dan Sekat, Lihat Bagaimana Amazon Gunakan Taktik Kotor Untuk Kekalkan Jualan

Sumber:

  1. Amazon
  2. Namri Sidek
  3. Amazon Seller Central
  4. The Telegraph
  5. WSJ