Narcissus Lelaki Yang Taksub Diri Hingga Maut Gara-Gara Mencintai Bayang Sendiri 1

Narcissus: Lelaki Yang Taksub Diri Hingga Maut Gara-Gara Mencintai Bayang Sendiri

tahukah anda perkataan narsistik adalah berasal daripada seorang lelaki yang bernama Narcissus?

Baru-baru ini tular mengenai satu tulisan yang mengupas mengenai ahli perniagaan, Neelofa.

Biarpun menyenaraikan ‘bukti’ yang menyokong teori beliau bahawa Neelofa memiliki personaliti narsistik, hantaran tersebut hanya boleh dibaca sekadar untuk satu bacaan sahaja.

Ini kerana untuk mengenal pasti personaliti seseorang, perlu ada perjumpaan secara berhadapan bagi memastikan analisis klinikal yang dibuat adalah selari dengan pemerhatian klinikal yang dibuat terhadap pesakit.

Daripada segi etika sendiri, ianya jelas melanggar prinsip. Hasil kepada diagnosis secara dalam talian ini hanya akan memberikan kesan kepada pihak yang didiagnosis termasuklah keselamatan dan kerahsiaan.

Asal usul perkataan narsistik

Narsistik adalah satu keadaan gangguan keperibadian yang mana seseorang itu akan menganggap dirinya sanagt penting dan harus dikagumi, dalam erti kata lain taksub terhadap diri yang berlebihan.

Istilan ini pertama kali digunakan dalam psikologi oleh Sigmund Freud yang merujuk kepada keperibadian  seorang lelaki dalam mitologi Yunani, Narcissus yang terlampau taksub dengan penampilannya sehingga diumpan mencintai bayangannya di kolam.

Teori Personaliti Narsistik Neelofa, Baca Boleh Percaya Jangan
Narcissus yang kagum melihat bayangnya sendiri di dalam kolam.

Dalam buku Metamorphosesnya menceritakan pada satu hari Narcissus berjalan di hutan, dan seorang peri gunung yang jelita, Echo terlihat beliau, jatuh cinta dan mengikutinya.

Narcissus yang terasa diikuti kemudiannya menjerit “siapa itu”” berulang kali dan akhirnya Echo memunculkan diri dan cuba untuk memeluk Narcissus.

Namun Narcissus kemudiannya menolak Echo dan mengarahkan Echo untuk pergi. Disebabkan patah hati, Echo menghabiskan hidupnya dengan rasa sepi yang mendalam.

BACA: Skizofrenia, Penyakit Mental Yang Membuat Seseorang Berhalusinasi

Nemesis, dewi balas dendam yang mengetahui kejadian tersebut kemudiannya mahu menghukum Narcissus.

Nemesis menarik Narcissus ke pinggir kolam yang airnya terlampau jernih sehingga terlihat seperti cermin. Semasa melihat ke dalam kolam, Narcissus jatuh cinta dengan bayangan tersebut yang sebenarnya merupakan dirinya sendiri.

Disebabkan terlampau terpesona, Narcissus seakan tidak puas melihat bayangannya sendiri. Hari demi hari berlalu, Narcissus masih setia di tepi kolam, tubuh badannya menjadi semakin lemah sehinggalah maut menjemput.

Narcissus Lelaki Yang Taksub Diri Hingga Maut Gara-Gara Mencintai Bayang Sendiri
Salah satu lukisan bagi menggambarkan kisah Echo dan Narcissus.

Mengetahui Narcissus sudah ‘pergi’, Echo menjadi sangat sedih dan menangis sehingga tertidur kepenatan. Semasa bangun pada keesokan harinya, jasad Narcissus tidak lagi kelihatan dan digantikan dengan bunga yang berbau harum yang kemudiannya diberikan nama Narsis.

Terlampau bersedih dengan pemergian Narcissus, Echo akhirnya meninggal dunia dengan rasa sedih yang tidak berkesudahan.

Sehingga ke hari ini, bunga Narsis masih digunakan dalam upacara pengebumian tradisi Yunani mengambil simbolik kepada kisah ini.

Personaliti narsistik

Personaliti narsistik pada awalnya memiliki satu peranan yang sihat iaitu berhenti daripada bergantung kepada standard umum masyarakat demi kebahagiaan diri sendiri.

Namun apabila ianya menjadi berlebihan, peribadi ini akan bertukar sifat menjadi satu peribadi bersifat patologis yang menyebabkan gangguan mental.

Teori Personaliti Narsistik Neelofa, Baca Boleh Percaya Jangan

Punca kepada personaliti narsistik masih lagi belum diketahui secara pasti, namun faktor biologi, genetik dan sosial boleh mempengaruhi seseorang untuk mengalami gangguan peribadi ini. Termasuklah berpunca daripada cara ibu dan bapa melayan mereka semasa kecil.