Negara Ini Bayar Jika Anda Memiliki Anak

Negara Ini Sanggup Bayar Untuk Rakyatnya Miliki Anak

Tahukah anda ada negara yang sanggup bayar untuk rakyatnya memiliki anak?

Memiliki keluarga yang besar memerlukan kos yang besar. Disebabkan kekangan ekonomi, ramai yang memilih untuk mengehadkan bilangan ahli keluarga dengan melakukan perancangan keluarga.

Sehingga menyebabkan ada negara yang mengalami kadar kelahiran yang rendah.

Sebagai inisiatif menggalakkan rakyat memiliki anak, kerajaan akan bayar elaun sebagai bayaran keselamatan sosial.

BACA: Wanita Ini Kongsi Pengajaran Daripada Isu Tular Polisi Insurans ‘Pay And Claim’

Antara negara yang ada menyediakan inisiatif ini ialah:

  1. Australia
  2. Kanada
  3. Finland
  4. Hungary
  5. Ireland
  6. Jepun
  7. Luxembourg
  8. New Zealand
  9. Sweden
  10. United Kingdom (UK)

Sebagai contoh, di UK bantuan kewangan diberikan bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinan kanak-kanak dan langkah ini nyata memberikan kesan apabila lebih daripada 50% kadar kemiskinan dapat dikurangkan selepas ianya diperkenalkan pada tahun 1989.

Negara Ini Bayar Jika Anda Memiliki Anak 1
Sumber: UNICEF

Malah di negara jiran kita iaitu Singapura, kerajaan telah memperkenalkan satu skim dana kepada pasangan yang memiliki anak.

Di bawah skim ini, ibu bapa akan menerima geran bantuan penjagaan anak berjumlah SGD8,000 untuk anak pertama dan kedua dan SGD10,000 setiap seorang sekali bayar untuk anak seterusnya.

Ini kerana Singapura berdepan ancaman masyarakat tua selepas merekodkan kadar kelahiran terendah dalam 10 tahun belakangan ini dengan catatan tahun 2018 adalah yang terendah.

Rakyat Singapura Yang Melancong Selepas 27 Mac Diminta Bayar Kos Perubatan Sekiranya Positif COVID-19
Sumber: MStar

Selain Singapura, Jepun juga mengalami masalah yang sama.

Ada pelbagai faktor yang didapati menyumbang kepada masalah kadar kelahiran rendah ini, antaranya:

  1. Kekangan ekonomi
  2. Perubahan cara hidup yang mana wanita sudah mula memiliki karier sendiri
  3. Kadar perceraian lebih tinggi berbanding perkahwinan

Malah keadaan ini juga berlaku di Malaysia!

November lalu, kadar kelahiran di Malaysia mencatatkan yang terendah dalam tempoh sedekad ini dengan kadar penyusutan daripada 501,945 pada tahun 2018 kepada 487,957 pada tahun 2019 membawa kepada peratusan 2.8%.

Anda boleh rujuk evolusi penduduk di Malaysia DI SINI.