Tonton Gelagat Lucu Bila Nenek Masuk Universiti Dalam ‘Mahasiswi Baru’ 1

Tonton Gelagat Lucu Bila Nenek Masuk Universiti Dalam ‘Mahasiswi Baru’

Pernah alami situasi nenek yang menjadi pelajar seperti dalam filem Mahasiswi Baru? Jika anda peminat filem Indonesia, pasti anda tahu tentang filem baharu dari negara seberang ini.

BACA: ‘Crazy Awesome Teachers’ Papar Sisi Guru Mata Duitan Dalam Genre Komedi

Bawa genre komedi, filem Mahasiswi Baru yang diinspirasikan daripada kisah sebenar berkisarkan mengenai seorang nenek yang meneruskan pengajian di universiti, Lasti (lakonan Widyawati) kerana mahu meneruskan cita-cita cucunya yang sudah meninggal dunia.

Tonton Gelagat Lucu Bila Nenek Masuk Universiti Dalam ‘Mahasiswi Baru’ 2

Lastri yang tidak tahu mengenai teknologi semasa telah berkawan dengan sekumpulan pelajar yang sebaya cucunya. Berbeza generasi, Lastri berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuklah dekan (sebaya beliau) yang tidak sukakannya.

Tonton Gelagat Lucu Bila Nenek Masuk Universiti Dalam ‘Mahasiswi Baru’ 3

Sinonim dengan rutin bergelar mahasiswa, Lastri terpaksa pulang lewat ke rumah kerana mahu menyiapkan tugasannya sehingga menyebabkan beliau berkonflik dengan anaknya yang mahukan ibunya menghentikan pengajiannya.

Tonton Gelagat Lucu Bila Nenek Masuk Universiti Dalam ‘Mahasiswi Baru’
Lastri bersama anaknya.

Akhirnya Lastri lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya di kolej.

Menonton filem ini memang menghiburkan. Kesimpulannya jika anda menonton, anda tidak akan terasa masa 1 jam 36 minit yang berjalan. Untuk ketahui kesudahan Lastri sebagai seorang nenek yang bergelar mahasiswi baru, bolehlah tonton sekarang di Netflix.

Trailer Lastri si nenek yang bergelar Mahasiswi Baru

Jika anda minat filem yang berunsurkan guru, anda mungkin berminat untuk menonton filem Crazy Awesome Teachers yang berkisarkan mengenai seorang lelaki yang menjadi guru hanya kerana wang.

Bagi Taat (lakonan Gading Marten) yang percaya bahawa memiliki duit yang banyak adalah satu kejayaan, Taat telah berhijrah keluar dari kampung dan meninggalkan ayahnya seorang diri yang bekerja sebagai seorang guru di sana.

Namun, hidup luar dari kampung tidak seindah yang disangka. Taat sering menemui kegagalan sehingga pernah bergelar gelandangan. Akhirnya selepas bertahun hilang tanpa berita, Taat sehelai sepinggang pulang ke kampungnya semula.

Daripada hanya menjadi guru semata untuk mendapatkan wang, Taat mula berubah. Malah konflik antara beliau dengan bapanya yang bermula sejak dari beliau remaja juga terungkai disebabkan insiden ini.

Walaupun jalan cerita Crazy Awesome Teachers ini biasa-biasa sahaja ianya tetap tidak menjadi halangan untuk penonton merasa terhibur dengan mesej yang ingin disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan menarik.

Tahun lepas, filem dengan tema sama iaitu Raatchasi dan filem ‘Super 30’ menjadi tular dan trending di Malaysia.