Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 3

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’

Musim ke-2 Sweet Home?

Memiliki persamaan genre dengan filem Train to Busan, siri Sweet Home berjaya membuatkan penonton tak senang duduk dengan plot cerita yang penuh debaran dalam setiap episod.

Mengisahkan mengenai pertembungan manusia dengan raksaksa yang merupakan manusia yang dijangkiti, siri pendek 10 episod ini bermula dengan watak Cha Hyun-soo (lakonan Song Kang) yang mengalami tekanan perasaan selepas menjadi mangsa buli.

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 1

Beliau berpindah ke sebuah apartmen baru iaitu Green Home selepas ibu, bapa dan adik perempuanya meninggal disebabkan kemalangan.

Secara tiba-tiba satu hari, negara Korea Selatan diserang satu virus yang menyebabkan manusia yang dijangkiti bertukar menjadi raksaksa. Dan Hyun-soo adalah salah seorang yang terjangkiti.

Namun, Hyun-soo berbeza kerana beliau tidak bertukar menjadi raksaksa seperti yang lain tetapi memiliki kehebatan luar biasa.

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 2

Dijadikan ‘benteng’ pelindung kepada kumpulan survivors yang ada, Hyun-soo dilihat sebagai satu watak yang memiliki luka emosi yang mendalam.

Di sana Hyun-soo bertemu dengan beberapa watak seperti Pyeon Sang-woo (lakonan Lee Jin-wook), lelaki misteri yang disalah anggap sebagai gangster, Seo Yi-kyung (lakonan Lee Si-young), seorang wanita muda yang bekerja sebagai bomba dan Lee Eun-hyeok (lakonan Lee Do-hyun).

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 4

Keberangkalian plot musim ke-2 Sweet Home

Mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga menduduki carta Top 10 di platform Netflix di 70 buah negara, Lee Do-hyun pernah berkongsi para pelakon sendiri masih tidak mengetahui sama ada musim kedua untuk drama siri itu akan wujud atau pun tidak.

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’

Namun penonton merasakan drama siri berkenaan akan disambung susulan daripada plot cerita yang tergantung di pengakhiran episod 10.

Tonton trailer Sweet Home di pautan bawah:

Selain Sweet Home, siri adaptasi live-action Alice in Borderlane tulisan Haro Aso tetap menjadi siri yang trending di Netflix biarpun sudah ditayangkan sejak 10 Disember lalu.

BACA: Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam ‘Alice in Borderland’ Musim Ke-2?

Berjaya menduduki senarai 10 Teratas bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong dan lebih 40 negara lain, siri dengan konsep survival ini bakal hadir dengan musim kedua.