Lina Medina

Lahirkan Anak Ketika Usia 5 Tahun, Hingga Kini Kisah Ibu Termuda Dalam Sejarah Masih Lagi Jadi Misteri

Dunia ini memang aneh sehinggakan kadangkala ada perkara yang tak mampu dijelaskan. Seperti yang berlaku pada Lina Marcela Medina de Jurado, anak kelahiran Peru yang bergelar ibu termuda dalam sejarah dunia kerana lahirkan anak ketika usia 5 tahun.

Pada tahun 1939, ibu bapa Lina telah mengunjungi hospital selepas mendapati perut Lina yang pada ketika itu berusia lima tahun membesar dengan luar biasa. Pada awalnya rata-rata daripada mereka menyangkakan Lina menghidap ketumbuhan, namun selepas diperiksa rupanya kanak-kanak tersebut sebenarnya sudah hamil tujuh bulan.

Lahirkan Anak Ketika Usia 5 Tahun, Hingga Kini Kisah Ibu Termuda Dalam Sejarah Masih Lagi Jadi Misteri
Lina bersama anaknya.

Enam minggu selepas pertemuan tersebut, ketika Lina berusia lima tahun tujuh bulan, Lina selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Gerardo seberat 2.75kg secara pembedahan.

Lahirkan Anak Ketika Usia 5 Tahun, Hingga Kini Kisah Ibu Termuda Dalam Sejarah Masih Lagi Jadi Misteri 2
Lina selepas melahirkan secara pembedahan.

Kisah kelahiran Lina ketika usia 5 tahun itu sehingga menjadi ibu termuda dalam melahirkan menjadi berita paling panas pada ketika itu. Terlampau ramai pihak media mengunjungi beliau untuk melakukan temu ramah dengan tawaran wang tunai sehingga ribuan dolar.

Ramai yang membuat andaian bahawa Lina menjadi mangsa kepada bapanya, Tiburelo sehingga menyebabkan beliau ditangkap.

Lina Medina
Ibu dan bapa Lina.

Namun disebabkan kekurangan bukti, Tiburelo dilepaskan. Dan sehingga kini siapa bapa kepada anak yang dikandung Lina masih lagi menjadi misteri.

Sepanjang Gerardo dibesarkan, Lina menyangka bayi lelaki tersebut adalah adiknya dan identiti sebenar Gerardo hanya beliau ketahui semasa berusia sekitar 10 tahun.

Lahirkan Anak Ketika Usia 5 Tahun, Hingga Kini Kisah Ibu Termuda Dalam Sejarah Masih Lagi Jadi Misteri 3
Lina bersama anaknya yang berusia setahun.

Namun umur Gerardo tidak panjang. Menderita penyakit sumsum tulang, Gerardo pergi meninggalkan Lina semasa berusia 40 tahun.

Bagaimana seorang kanak-kanak lima tahun yang belum akil baligh boleh mengandung?

Namun bagi sesetengah doktor pediatrik, kejadian ini bukanlah terlalu aneh kerana ada kajian membuktikan satu dalam 10,000 kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan ‘akil baligh aneh’ atau dalam bahasa sainsnya¬†precocious puberty.

Dalam keadaan tersebut, kanak-kanak itu akan mencapai kematangan seksual sebelum usia lapan tahun dan ianya cenderung berlaku kepada kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.

BACA: Culik Wanita Untuk Dijadikan Isteri, Tradisi Pelik Ini Masih Jadi Amalan Orang Kyrgyzstan

Salah satu faktor yang membawa keadaan peratusan ini ialah pendedahan kepada sentuhan seksual pada usia yang terlampau muda.

Ada kajian mengatakan bahawa Lina berkemungkinan sudah datang haid seawal usianya lapan bulan dan ada juga yang mengatakan semasa beliau berusia tiga tahun.

Walaupun secara fizikalnya Lina kelihatan seperti kanak-kanak, namun beliau mempunyai bentuk badan yang sama seperti wanita dewasa – memiliki payudara, pinggul yang lebar dan tulang yang matang.

Lina Medina
Lina dipercayai pada tahun 2018.

Walaupun ada yang cuba mengatakan bahawa kisah Lina sebagai ibu termuda dalam sejarah dunia ini adalah palsu dan cuma rekaan, namun pelbagai bukti yang ada termasulah imbasan X-ray dan gambar menjadi bukti bahawa kes ini benar-benar berlaku.

Sumber:

  1. Lina Medina
  2. Medium