Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Selain PNM, Ini Senarai Laman E-Buku Percuma Untuk Pelbagai Genre

Senarai Laman E-Buku Percuma Untuk Pelbagai Genre.

Pasaran digital berkembang dengan tabiat pengguna baru beserta teknologi terkini.

Dengan perkembangan dan pertumbuhan pasaran e-Buku, banyak orang memilih e-Buku untuk menggantikan buku fizikal.

Semakin ramai memilih untuk membaca e-Buku kerana lebih mudah alih serta harganya murah berbanding buku digital.

BACA: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Catat Sejarah, Julung-Julung Kali Diadakan Secara Dalam Talian

Lebih-lebih lagi kepada golongan pelajar, tentunya perlu berbelanja lebih untuk sesebuah buku terutama buku berkaitan bidang yang dipelajari.

Era pandemik ini lagilah perlu berjimat cermat jadi e-buku adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Berikut merupakan senarai laman e-Buku yang anda boleh akses secara percuma.

Senarai di bawah ini bukan sahaja berguna untuk pelajar universiti, malah untuk mereka yang ingin membaca buku terjemahan bahasa asing pun ada.

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

1. PNM e-reader

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara dalam talian, ada pelbagai pilihan buku yang menarik untuk dibaca.

Dibenarkan meminjam sebanyak dua buah e-Buku untuk tempoh selama seminggu.

Pengguna boleh memilih e-Buku daripada senarai yang diberikan dan senarai e- Buku ini boleh dibuat dalam bentuk Cover, Grid dan senarai mengikut kesesuaian pengguna.

2. Books

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Aplikasi ini khas untuk pegguna iOS. Terdapat dua cara untuk menggunakan aplikasi Books ini.

Pindahkan buku dalam format PDF ke dalam aplikasi atau cari buku percuma di Book Store (semua buku dalam Book Store dalam bahasa Inggeris).

3. e-Sentral

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Laman ini menyajikan pelbagai novel bahasa Melayu yang popular. Untuk memilih pembacaan percuma, klik di pautan ‘Category’ dan pilih ‘Percuma’.

4. iPusnas

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Tentunya sedikit sukar untuk mencari buku-buku bahasa Indonesia di sini. Dengan adanya buku digital, kini tidak sukar untuk mencari buku percuma dari Indonesia.

5. Book Capital

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Di platform ini juga menyajikan beribu e-Buku percuma dan ada banyak pilihan buku dalam bahasa Malaysia.

6. Library Genesis

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Lubuk pelbagai artikel dan buku-buku antarabangsa terutama untuk pelajar bidang Sains. Turut mengandungi Komik dan Novel.

7. Digital Library of Korean Literature

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Untuk membaca buku Korea terjemahan bahasa Inggeris secara sah, boleh ke laman Digital Library of Korean Literature. Daftar dan boleh pinjam 3 buah buku untuk satu masa.

8. Z-lib

Laman E-Buku Percuma Pelbagai Genre

Pilihan selain Library Genesis, boleh muat turun dalam bentuk PDF atau e-Buku.

Memang banyak pilihan laman e-Buku pada masa kini, hanya kita sahaja nak atau tak untuk membaca.

Selamat membaca!