Jalan berlubang terapi orang sakit jantung?
Sejak semalam tular kisah kemalangan kecil yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) akibat daripada jalan berlubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Bantin, Selangor.

Susulan daripada kejadian tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat telah melakukan permohonan maaf kepada KJ dan memberitahu tindakan segera atas isu berkenaan akan segera diambil.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.
— JkrKualaLangat (@JkrKualaLangat) December 27, 2020
Walaupun ramai yang mengatakan JKR seakan ada double standard dalam mengendalikan isu jalan berlubang, beberapa pihak mula menaikkan isu kerja-kerja NGO Brotherhood yang dikendalikan Lando Zawawi yang aktif menurap jalan berlubang demi keselamatan pengguna jalan raya.
BACA: Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti
Pada April 2019, Fox News pernah melaporkan degupan jantung seorang lelaki yang berdegup kencang pada kadar 200 per minit menjadi stabil dalam perjalanan ke hospital selepas melalui perjalanan 20 minit di jalan yang penuh lubang.
“Ambulan berkenaan melanggar jalan berlubang dan kadar degupan jantung pesakit kembali normal.” – Paramedik
Menurut Dr. Andrew Goldsweig, walaupun situasi ini sangat jarang berlaku, namun ianya tidak mustahil kerana jalan berlubang dikatakan menyerupai terapi kejutan elektrik yang merupakan salah satu cara merawatnya.

Sebelum ini, ODISI melaporkan seorang lelaki telah bertindak memacak batu nisan di atas jalan berlubang sebagai amaran maut menanti kepada pengguna jalan raya.