‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat 4

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat

Di Malaysia, kekayaan para scammer yang ada lain tahapnya berbanding scammer yang berada di luar negara.

Sebagai contoh scammer yang dikenali dengan nama Elizabeth Holmes (1984) yang menjalankan perniagaan start-up, Theranos yang menawarkan perkhidmatan diagnosis kesihatan fizikal dan mental dengan hanya menggunakan setitik darah.

Bercita-cita mahu menjadi jutawan sejak kecil, impian Elizabeth akhirnya berjaya dicapai ketika berusia 31 tahun sehingga tersenarai sebagai jutawan wanita termuda dan paling kaya oleh Forbes.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat

Menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Standord, Elizabeth mempunyai minat terhadap bidang bioteknologi dan mendapat idea untuk menghasilkan satu perkhidmatan atau alat yang boleh mendiagnosis penyakit. Beliau kemudiannya memfailkan permohonan untuk mempatenkan ideanya dan berhenti daripada meneruskan pengajian dengan menubuhkan syarikat Theranos.

Produk yang dipanggil sebagai patch tersebut digelar ajaib kerana boleh mengesan penyakit dalam tempoh masa yang pendek – pesakit tidak perlu membuang masa di hospital dan makmal. Patch ajaib tersebut kemudiannya dinaik taraf menjadi satu peranti mudah alih yang hanya memerlukan setitis darah daripada pesakit untuk diagnosis penyakit.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat 3

Populariti Theranos meningkat naik selepas Tim Draper yang merupakan kenalan keluarganya melabur di dalam syarikat tersebut sehingga menarik perhatian jutawan lain termasuklah Barack Obama.

Dalam tempoh yang singkat, Elizabeth menjadi ikon Silicon Valley kerana syarikat start-up dalam bidang perubatan adalah jarang di Silicon Valley. Untuk itu Elizabeth berjaya menandatangani kontrak bersama syarikat-syarikat farmaseutikal, muncul di kaca televisyen, TED, dan majalah-majalah besar seperti The New York Times dan Forbes.

Kejayaan Elizabeth menjadikan beliau digelar sebagai Steve Jobs versi wanita dengan nilai Theranos pada tahun 2014 mencecah RM39.7 bilion.

Namun yang menjadi persoalan, tidak ada seorang pun selain beliau pernah melihat bagaimana protatip tersebut berfungsi dan ini dibongkar oleh wartawan The Wall Street Journal, John Carreyrou.

John mula menggelarkan teknologi Elizabeth sebagai palsu kerana produk Theranos masih lagi belum berjaya melakukan satu diagnosis tepat kerana semua sampel darah yang dihantar oleh pelanggan Theranos sebenarnya dihantar ke makmal besar untuk dianalisis. Siasatan demi siasatan akhirnya membuktikan kebenaran dakwaan John.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat 2

Daripada tersenarai sebagai 400 Orang Terkaya di Amerika Syarikat, nilai Theranos jatuh 10 kali ganda dan Elizabeth digelar sebagai ‘Salah Seorang Pemimpin Perniagaan Paling Mengecewakan di Dunia’ oleh Forbes.

Selain daripada itu, kepincangan pimpinan Elizabeth di Theranos turut disebut sebagai salah satu punca kejatuhan syarikat berkenaan.

Elizabeth disebut sebagai pemimpin yang dominan; pekerja tidak dibenarkan mengkritik pengurusan, bekerja lebih masa dan kekal di pejabat adalah rutin biasa pekerja selain daripada memilih untuk membuat keputusan sendiri dan enggan menerima kekurangan dirinya biarpun beliau kurang kepakaran.

Pada Mac 2016, Forbes menjatuhkan nilai bersih Theranos menjadi sifar. Pada tahun yang sama juga, Elizabeth disiasat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, Jabatan Kehakiman dan Biro Penyiasatan Persekutuan. Dua tahun kemudian, Theranos secara rasminya ditutup

Sehingga kini, kes Elizabeth yang mengaku tidak bersalah selepas dituduh melakukan tuntutan palsu dan penipuan yang boleh mendatangkan bahaya segera kepada kesihatan dan keselamatan pesakit bersama COO, Ramesh Sunny Balwani masih lagi dalam perbicaraan dan ditangguhkan ke Mac 2021 disebabkan pandemik yang melanda dunia.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat 1
Ramesh Sunny Balwani

Merasakan dirinya tidak bersalah, Elizabeth melihat dirinya sebagai mangsa dan menyalahkan John serta dua lagi peguam iaitu David Boies serta Heather King atas apa yang berlaku dalam hidupnya kini.

Sumber:

  1. Esquire
  2. Kay Suhaimi
  3. Orang Kata
  4. Business Insider