
Kisah ‘Dewa Melayu’ Yang Menjadi Kepercayaan Sebilangan Masyarakat Nusantara
Di Nusantara, salah satu kepercayaan sebilangan masyarakat Cina adalah menyembah Na Tuk Kong atau juga dikenali sebagai Datuk Kong, Datuk Gong atau pun Datuk Keramat.
Sinonim dengan menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan dan kesihatan, patung Datuk Gong ini lengkap berpakaian kostum Melayu tradisional – bersongkok dan memegang keris di tempat penyembahan berwarna merah atau kuning kerana rata-ratanya adalah orang Melayu yang sudah meninggal dunia.
Dikatakan mula bertapak di Malaysia sejak awal abad ke-19 lagi akibat penghijrahan rakyat China ke Asia Tenggara sebelum datangnya Islam, kepercayaan ini disesuaikan dengan amalan masyarakat Melayu pada ketika itu masih ada yang mempercayai animisme.
Jika dahulunya penyembahan Datuk Gong hanya menerusi nama yang ditulis pada papan, kepercayaan ini kemudiannya membentuk konsep penyembahan patung Datuk Gong yang mula diukir bagi memuja ‘semangat’ tempat yang dianggap sebagai keramat.

Biasa menawarkan bunga segar, sireh, rokok daun, hirisan pinang dan buahan tempatan, ada juga yang melibatkan pembakaran kemenyan.
Namun pantang larang makan daging khinzir sekurangnya sehari sebelum Datuk Gong perlu dipatuhi oleh sesiapa yang mahu memohon bantuannya. Untuk perempuan yang datang haid pula, mereka dilarang menyentuk Datuk Gong terutamanya di bahagian kepala kerana dianggap berada dalam keadaan tidak suci.
Menurut Dr Lee Yok Fee, pensyarah Jabatan Ekologi Universiti Putra Malaysia, kepercayaan ini muncul hasil daripada interaksi budaya dan amalan masyarakat Cina dan Melayu dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Trending now



