syed saddiq

Syed Saddiq Lancar Cabaran #botakchallenge Bagi Kutip Dana 1 Keluarga 1 Laptop

Walaupun YB Syed Saddiq bukan lagi bersama dengan kerajaan persekutuan dan sukar mendapat dana berdasarkan kenyataannya, ianya bukan alasan untuk beliau tidak terus berbakti kepada penduduk di Parlimen Muar.

Terkini, YB Syed Saddiq telah melancarkan program amal kempen 1 Keluarga 1 Laptop di Parlimen Muar. Tujuannya adalah untuk membantu ramai pelajar-pelajar dan siswa-siswi yang memerlukan kemudahan laptop bagi melancarkan proses pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, beliau telah mengajak dan meminta bantuan orang ramai untuk membantu kempen mengumpul dana 1 Keluarga 1 Laptop ini.

Beliau menyasarkan kutipan RM200,000 dapat disumbangkan kepadanya dan dengan jumlah itu, anggaran 100 unit laptop dapat dihulurkan kepada pelajar yang memerlukan.
Yang menarik perhatian, jika sasaran 100 unit laptop ini tercapai, YB Syed Saddiq akan membotakkan kepalanya. Sekaligus menggelarkan kempen ini sebagai #botakchallenge.

Setakat ini, seramai lebih 100 orang pelajar di Parlimen Muar telah pun menerima sumbangan laptop.

Mereka ini adalah penduduk Muar yang terdiri daripada golongan keluarga sederhana dan rendah pendapatan, serta menerima tawaran melanjutkan pelajaran.

Inisiatif ini khas dilakukan kerana YB Syed Saddiq sedar kepentingan laptop yang kini sangat diperlukan oleh para pelajar. Masih ramai lagi pemohon di dalam senarai menanti untuk menerima sumbangan laptop ini.

Semuanya demi Muar.

syed saddiq

Ini pula adalah salah seorang penerima laptop percuma pemberian Ahli Pusat Khidmat Parlimen Muar.

Sekiranya anda ingin menyumbang, boleh dapatkan maklumat lanjut melalui pautan di sini.

Terdahulu, Bekas Menteri Belia dan Sukan ini tidak menyertai parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Muar itu telah pun menubuhkan satu gerakan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari iaitu dengan penubuhan Parti MUDA.

Ketika musim penuh sukar ini, memang ramai yang mengalami masalah terutamanya daripada segi kewangan. Untuk menghadapi masalah ini secara psikologi, boleh cuba baca perkongsian seorang usahawan yang pernah bankrap sebelum ini, namun menjadi jutawan selepas terus berusaha di sini.