Penjual Bakso Mengaku Dah 10 Tahun Letak Seluar Dalam Dalam Kuah Sebagai Pelaris 2

Penjual Bakso Mengaku Dah 10 Tahun Letak Seluar Dalam Dalam Kuah Sebagai Pelaris

Ada sesetengah peniaga yang menggunakan pelaris sebagai bantuan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Walaupun hukumnya di sisi agama sudah terang-terang dinyatakan haram, masih ada yang menggunakannya demi kelangsungan dan keuntungan.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang YouTuber Indonesia, Roy Kiyoshi yang mendedahkan mengenai seorang penjual bakso yang menggunakan seluar dalam sebagai bahan pelaris perniagaannya.

Kredit: Bobox

“Jadi ini dari tadi makan bakso, air rendaman seluar dalam ibu?”

“Ya, saya mengaku salah. Saya buat macam ini untuk dijadikan sebagai pelaris.”

Sudah mengamalkannya selama 10 tahun, kegiatan peniaga wanita tersebut terbongkar selepas Roy meminta beliau membuka tudung periuk sebelum menjumpai seluar dalam berwarna merah jambu di dalam kuah berkenaan.

Kredit: Roy Kiyoshi

Datang atas jemputan oleh peniaga tersebut, difahamkan sudah beberapa orang ahli keluarga yang meninggal dunia dengan tragis setiap 12 hari bulan. Malah peniaga wanita tersebut juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya supaya lebih laris.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @medsos_kekinian (@medsos_kekinian)

 

 

Namun begitu, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan dan disifatkan netizen sebagai hantaran yang mahu menarik jumlah penonton.