Penempatan Haram Warga Asing Di Genting Highlands

Warga Asing Buat Penempatan Haram Di Genting Highlands Sejak COVID-19 Tersebar Di Malaysia

Warga Asing Buat Penempatan Haram Di Genting Highlands Sejak COVID-19 Tersebar Di Malaysia.

Seramai 46 warga Indonesia termasuk bayi berusia 10 bulan ditahan di rumah kongsi Kampung Samawond, Genting Highlands kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi Jabatan Imigresen negeri Pahang.

BACA: Malaysia Ibarat Syurga Buat Pendatang Asing

Lokasi tersebut merupakan antara kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia selepas Kluster Genting yang dikenal pasti pada awal Disember tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh, merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakan, seterusnya menjangkiti mereka.

Mereka ditahan ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1957/63kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Difahamkan, kawasan tersebut dibina di atas tanah milik individu. Pemilik tanah akan dipanggil oleh Jabatan Imigresen di bawah Seksyen 55 Akta Imigresen kerana membenarkan warga asing berada di atas premis.

Penempatan Haram Warga Asing Di Genting Highlands
Sumber: FB Hamzah Zainudin

Kawasan penempatan haram itu dipercayai wujud awal tahun ini sejak mulanya pandemik COVID-19 tersebar di Malaysia.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Muhammad Hatta Kassim memaklumkan pihaknya sudah masuk ke kawasan terbabit bulan Mei lalu, tetapi ketika itu operasi masih digantung.

Operasi di semua kawasan di kawasan Genting sudah dibuat, termasuk di Apartment Amber Court, cuma di kawasan Samawond ini kali pertama operasi dilakukan.

Mengikut siasatan, Muhammad Hatta berkata seramai 138 warga asing berada di lebih 30 pintu rumah kongsi di kawasan itu dan mereka sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

Penempatan Haram Warga Asing Di Genting Highlands
Sumber: FB Hamzah Zainudin

Beliau tidak menolak kemungkinan sebahagian daripadanya sudah melarikan diri dan mereka yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kemayan di Bera, untuk direman selama 14 hari.

BACA: Malaysia Berdepan Cabaran Baharu Perangi COVID-19 Dalam Kalangan Warga Asing

Sumber: BH