Tak Buat Apa-Apa Untuk Atasi Pandemik, Jokowi Akhirnya Pecat Menteri Kesihatan Indonesia

Tak Buat Apa-Apa Untuk Atasi Pandemik, Jokowi Akhirnya Pecat Menteri Kesihatan Indonesia

Kepincagan Menteri Kesihatan Indonesia menjalankan tugasnya bagi mengawal pandemik bukan sahaja menjadi tumpun agensi berita dalam negara tetapi juga oleh berita antarabangsa.

Di Indonesia, kes harian yang dicatat saban hari semakin tinggi sehingga membawa kepada jumlah terkumpul kes adalah sebanyak 685,639 dengan korban melebihi 20,408.

Ini kerana tiada langkah aktif dilaksanakan oleh Terawan Agus Putranto sebagai Menteri Kesihatan Indonesia yang bertanggungjawab membantu Presiden Indonesia, Jokowi dalam menyelenggara urusan pemerintahan dalam bidang kesihatan.

Menteri Kesihatan Tak Datang, Pengacara Indonesia Terpaksa ‘Tanya’ Kerusi Kosong 1
Sumber: Mojok

Muak dengan tindakan Terawan yang langsung tidak muncul di awam sejak pandemik melanda Indonesia sebagai contoh dalam temu bual bersama pengacara, Najwa Shihab dalam program Mata Najwa, rakyat Indonesia telah memulakan satu petisyen secara dalam talian bagi mendesak Jokowi memecat Terawan daripada jawatannya.

BACA: Menteri Kesihatan Tak Datang, Pengacara Indonesia Terpaksa Temu Bual Kerusi Kosong

Mengambil kira pandemik yang semakin buruk, Jokowi akhirnya melakukan rombakan dalam Kabinet Indonesia dengan menggantikan Terawan dengan Budi Gunadi Sadikin dan lima orang menteri lain.

Antara menteri yang terlibat selain daripada Menteri Kesihatan ialah Menteri Sosial, Menteri Pelancongan, Menteri Agama, Menteri Maritim dan Perikanan dan Menteri Perdagangan.

Indonesia Terserah COVID-19

Mac lalu, petugas barisan hadapan Indonesia yang kecewa telah menjadikan kata ‘Indonesia? Terserah!‘ trending di media sosial disebabkan kecewa dengan sikap warga Indonesia tertentu yang mengabaikan penjarakan sosial bagi membendung penularan virus COVID-19.

Pelbagai hukuman terpaksa dilakukan termasuklah menghantar mereka yang degil dan ingkar arahan penjarakan sosial ke rumah hantu.

BACA: Indonesia Humban Rakyat Yang Ingkar Perintah PKP Di Rumah Hantu

Sebelum ini, beberapa menteri di Indonesia telah mengeluarkan kenyataan tidak bijak mengenai pandemik COVID-19, antaranya:

Samakan Virus COVID-19 Seperti Isteri Anda, Kenyataan Menteri Keselamatan Indonesia Teruk Dikritik

Doa Senjata Tiada Jangkitan Koronavirus Di Indonesia – Menteri Kesihatan