Manfaat Perintah Berkurung, 4 Beradik Cipta Papan Permainan ‘Corona’ 3

Manfaat Perintah Berkurung, 4 Beradik Cipta Papan Permainan ‘Corona’

Pandemik COVID-19 yang melanda menyebabkan penduduk dunia banyak menghabiskan masa dengan hanya duduk di rumah susulan daripada perintah berkurung yang dilaksanakan.

Dengan kesempatan yang ada, ramailah yang mengambil peluang mengasah kemahiran antaranya memasak, bertukang dan bercucuk tanam.

Lain pula halnya dengan empat beradik di Jerman yang telah mencipta satu papan permainan yang diberikan nama ‘Corona – the rush to the shops’.

Manfaat Perintah Berkurung, 4 Beradik Cipta Papan Permainan ‘Corona’ 2

Dimainkan oleh empat orang pemain, asas kepada permainan ini ialah solidariti yang menambah elemen-elemen permainan baharu yang dilaporkan di dalam berita termasuklah konsert balkoni di Itali.

Manfaat Perintah Berkurung, 4 Beradik Cipta Papan Permainan ‘Corona’

Setiap pemain akan mengumpul dan bertukar kad permainan dan pemenang dipilih berdasarkan kepada sesiapa yang berjaya menyelesaikan misi dengan memenuhi senarai barangan keperluan jiran yang diperlukan.

Manfaat Perintah Berkurung, 4 Beradik Cipta Papan Permainan ‘Corona’ 2

Di dalam permainan ini, pemain akan berdepan dengan cabaran seperti virus yang boleh menyebabkan mereka dikuarantin atau individu yang melakukan pembelian panik.

Keterujaan ayah empat beradik ini dengan permainan yang dihasilkan anak-anaknya menyebabkan beliau telah mengupah pereka untuk mereka bentuk kad, kotak dan papan permainan untuk ianya dikomersialkan.

Sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat permainan sebagai pengedar, papan permainan Corona ini mendapat permintaan yang menggalakkan di Jerman dan setakat ini sebanyak 2,000 unit telah berjaya dijual.

Sumber: Reuters