Sains Di Sebalik Pemakaian Ketat Penunggang Basikal 1

Logik Di Sebalik Pakaian Ketat Penunggang Basikal

Pernah terfikir mengapa penunggang basikal rata-ratanya memakai pakaian yang ketat?

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun disebabkan segelintir individu yang memandu basikal secara berbahaya dan bukan di tempat yang sepatutnya, kumpulan ini sentiasa menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

BACA: Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Lemah?

Banyak tentang sukan berbasikal yang dipertikaikan termasuklah daripada etika kesopanan pemakaian semasa melakukan aktiviti ini.

Kenapa penunggang basikal memakai pakaian ketat?

Pakaian adalah bahagian paling penting dalam sukan berbasikal kerana fungsinya perlulah mengurangkan rintangan angin dan selesa untuk dipakai semasa melakukan perjalanan yang panjang selain daripada lengkap dengan padding.

Aktiviti Basikal Punca Sperma Lemah

Pakaian yang longgar akan menghasilkan daya tarikan aerodinamik yang boleh melambatkan tempo kayuhan – “semakin sesuai bentuk pakaian, semakin pantas kelajuan kayuhan”.

Namun tahap ketatnya pakaian yang digunakan harus sesuai dengan keadaan dan tidaklah sehingga menyebabkan pergerakan tersekat.

Hukum memakai pakaian sukan ketat

Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Ogos lalu, Ustaz Syed Shahridzan ada menyatakan pandangan beliau mengenai hal ini.

Sains Di Sebalik Pemakaian Ketat Penunggang Basikal
Sumber: FB

Kata beliau hukum aktiviti sukan yang memakai pakaian ketat di hadapan lelaki bukan mahram hukumnya jelas lagi nyata tanpa perlu kepada fatwa mufti kerana termasuk dalam urusan agama yang ‘tidak boleh tidak’ mesti dan pasti diketahui hukumnya.

Baca di Facebook Post.