Hukum Berkaitan Sambutan Hari Krismas Yang Selalu Jadi Persoalan 2

Hukum Berkaitan Sambutan Hari Krismas Yang Selalu Jadi Persoalan

Menjelang 25 Disember, rakyat Malaysia akan menyambutnya dengan gembira kerana pada hari tersebut seluruh negara akan bercuti bagi menghormati sambutan perayaan Hari Krismas.

Sejak 2000 tahun yang lalu, penganut Kristian telah menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi. Di tahun-tahun awal Christianity, sambutan utama hanyalah Hari Easer dan tiada sambutan untuk kelahiran Nabi Isa atau Jesus menurut mereka.

Selepas beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah pada musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Nabi Isa atau Jesus menurut mereka.

Apabila tiba sahaja musim perayaan Krismas, beberapa persoalan akan timbul mengenai hukum sambutannya.

1. Hukum mengucapkan Merry Christmas 

Para ulama berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim.

Sebahagian ulama mengharamkan ucapan tahniah membawa konotasi mengiktiraf agama lain dan menyebarkan syiar mereka.

Hukum Berkaitan Sambutan Hari Krismas Yang Selalu Jadi Persoalan 1
Sumber: FMT

Bagi yang membenarkannya pula melihat ianya sebagai harapan bagi keselamatan dan keamanan atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam bagi tujuan perpaduan tanpa berniat untuk mengiktiraf kebenaran agama lain.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.

2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas

Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.

Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:

  • menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
  • menyanyikan lagu bercirikan agama
  • memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
  • tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
  • meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh

3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas

Hukum Berkaitan Sambutan Hari Krismas Yang Selalu Jadi Persoalan
Sumber: Bloggers Blog

Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan.

Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.