Aktiviti Basikal Punca Sperma Lemah

Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Lemah?

Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Lemah?

Aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dan merupakan aktiviti sukan yang sangat baik untuk kesihatan.

Daripada artis hinggalah ahli politik, masing-masing tidak akan terlepas dari memuat naik gambar dan video sedang berbasikal.

Ramai yang sudah mempunyai basikal (road bike) sendiri walaupun harganya agak mahal.

Banyak faedah dan manfaat berbasikal bukan saja untuk kesihatan fizikal tetapi juga bagus untuk bersosial.

Namun, di sebalik manfaat itu semua terselit kebimbangan yang sememangnya perlu diberi perhatian sewajarnya.

Jika sebelum ini, Public Health Malaysia mengatakan penunggang basikal mahupun motosikal perlu mengelakkan masalah kebas kerana berisiko mengalami kecedaraan saraf dan salur darah yang boleh menyebabkan mati pucuk.

BACA: Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Seseorang Mati Pucuk

Seorang doktor menerusi akaun Twitternya, @Ahmad.RZ berkongsi perihal hobi berkenaan dikhuatiri mempunyai kesan sampingan terutama golongan lelaki.

Katanya, hampir 80 peratus sperma seorang lelaki berusia 29 tahun yang aktif berbasikal, tidak merokok dan tiada penyakit lain hanya bergerak tanpa hala tuju iaitu ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang.

“Banyak kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh jadi punca kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma,” jelasnya.

Oleh itu, Dr Ahmad menyarankan agar golongan lelaki tidak melakukan aktiviti berbasikal melebihi 5 jam seminggu.

Testis mereka mungkin akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan pemakaian seluar yang ketat.

Pastilah kenyataan tersebut memberi pelbagai reaksi terutama golongan penunggang basikal.

Aktiviti Basikal Punca Sperma Lemah

Termasuklah salah seorang petugas kesihatan yang tampil dengan pandangan berbeza.

“Kajian melibatkan 5000 lelaki yg berbasikal tidak menunjukkan kaitan dengan kemandulan. Kajian kualiti sperma yg dirujuk hanya ada 26 org subjek. Ini bukan bukti konklusif.”

Bukanlah untuk menakutkan mereka yang sudah tertarik dengan aktiviti berbasikal ini, tapi perlu pastikan pentingnya aspek keselamatan bagi mengelak risiko kecederaan dan berlakunya kemalangan yang tak diingini.

Sumber: Twitter