5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 6

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix

Buat peminat filem dan drama dari seberang, pastinya nama Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing. Mendapat jolokan sebagai pelakon nombor satu Indonesia, di sini kami senaraikan lima filem lakonan beliau yang wajib anda tonton.

1. Habibie & Ainun (2012)

Dihasil berdasarkan buku bestseller, Habibie dan Ainun yang ditulis Presiden Indonesia ke-3, Baharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengenai isterinya, Hasri Ainun Habibie, filem Habibie & Ainun (2012) yang menggandingkan Reza bersama Bunga Citra Lestari mendapat pujian ramai termasuklah BJ Habibie sendiri.

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix
Habibie & Ainun (2012)

Menjadi satu-satunya filem pecah panggung di Indonesia dengan jumlah penonton paling ramai sehingga kini iaitu 4.7 juta penonton, filem ini tetap mengekalkan Reza sebagai teraju utama siri kemudiannya iaitu Rudy Habibie (2016), Habibie & Ainun 2 (2016) dan Habibie & Ainun 3 (2019).

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 1
BJ Habibie dan isterinya Hasri Ainun Habibie.

Sinonim dengan cinta dan setia, kisah Habibie dan Ainun amat sesuai ditonton bersama pasangan kerana banyak yang boleh diteladani penonton.

2. Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013)

Walaupun watak yang diberikan kepada Reza dalam filem Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013) bukanlah watak utama, namun harus diakui impak wataknya memang besar kepada penonton.

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 5
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (2013)

Memegang watak sebagai Aziz, abang sulung kepada rakan Hayati iaitu Khadijah, Aziz jatuh cinta dan bersaing dengan Zainuddin untuk mendapatkan cinta Hayati.

Disebabkan latar belakang keluarganya yang mulia dan tidak seperti Zainuddin,  Aziz akhirnya berjaya menikahi Hayati. Namun disebabkan sikap Aziz, beliau dipecat dan terpaksa menumpang teduh di rumah Zainuddin bersama Hayati.

3. Kapan Kawin? (2015)

Menjadi Satrio, seorang pelakon teater yang dibayar untuk berpura-pura sebagai kekasih Dinda (lakonan Adinia Wirasti) selepas Dinda asyik didesak ibu bapanya dengan pertanyaan ‘kapan kawin?’

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 2
Kapan Kawin?

Kononnya merupakan seorang pelakon teater yang terlampau idealis sehingga menjadi sangat menjengkelkan, Satrio yang mengikut Dinda pulang berjumpa ibu dan ayahnya akhirnya terjebak dalam konflik keluarga Dinda yang tidak adil melayani Dinda berbanding kakaknya.

4. My Stupid Boss (2016)

Dalam filem yang diadaptasi daripada buku dengan tajuk yang sama ini, anda akan melihat sisi Reza yang sangat menjengkelkan ditambah dengan mimik-mimik muka yang dibuat beliau.

Memegang watak Bossman yang terlampau kedekut, enggan menerima pandangan orang bawahannya dan sentiasa mahu menang, Reza digandingkan bersama Bunga Citra Lestari, Bront Palarae, Chew Kin Wah dan Atikah Suhaimi sesuai untuk anda tonton sebagai hiburan seisi keluarga di hujung minggu juga sekiranya anda bergelar seorang bos atau pekerja yang memiliki bos dengan sikap di atas.

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 3
My Stupid Boss 2 (2019)

Atas sambutan yang menggalakkan, kisah konflik di pejabat ini diteruskan dalam My Stupid Boss 2 (2019).

5. Toko Barang Mantan (2020)

Membawa watak Tristan, pemilik kedai Toko Barang Mantan yang menjual barang-barang hadiah daripada bekas kekasih menerusi cerita-cerita disebaliknya, filem ini mengajar penonton yang pernah kecewa disebabkan percintaan untuk terus move on.

5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix 4
Toko Barang Mantan (2020)

Konsep jualan yang lain daripada lain ini menjadi inspirasi kepada pemilik Kedai Pernah Sayang untuk melakukan hal yang sama.

BACA: Tampil Dengan Konsep Jual Barang Ex, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’